Sambal Tumis PPC

Memasak sambal tumis di dapur adalah satu tugasan yg cukup menduga. Seain dari harus berdepan dengan percikkan minyak sambal yang panas, process mereneih sambal yg ambil masa pasti menyebabkan dapur yg berminyak yang perlu dibersihkan. Tetapi Alhamdulillah ini semua dapat diatasi dengan kaedah masak yang menggunakan periuk tekanan udara. Di sini saya kongsikan cara-cara yang saya praktikkan.

Sambal Tumis PPC

Course: Side Dish
Cuisine: Indonesian, Malaysian, My Style, Singaporean

Equipment

  • Philips HD2139 Pressure Cooker

Ingredients

  • 1 KG Cili Kisar saya menggunakan "Cili Giling 5 minit"
  • 500 gm Bawang kisar
  • 20 gm Belacan Bakar yang ditumbuk halus
  • 1 sdm Pes Asam Jawa
  • 1 kpg Kiub Ikan Bilis
  • 500 gm Minyak Masak
  • Garam & Gula Secukup rasa

Instructions

  • Panaskan PPC. Set mode BAKE VEGETABLE, KPT 10 minit. Tuangkan minyak.
  • Bila minyak sudah panas, masukkan bawang dan 2 sdt garam. Tumis selama 5 minit. Dikacau seketika untuk pastikan tidak hangus,
  • Masukkan cili kisar dan belacan. Kacau rata.
  • Tutup PPC. Putar tombol VENT ke SEAL. Set mode ke preeet STEAM 20 minit dan tekan START.
  • Setelah masa masak masak tamat, biarkan seketika hingga ke semua wap dan tekakanaan udara dalam PPC lepas dengan sendirinya.
  • Buka penutup, masukka kiub ikan bilis, pes Asam Jawa, garam dan gula ikut citarasa, Kacau rata,
  • Tutup PPC. Putar tombol VENT ke BAKE. Tekan mode BAKE VEGETABLE dan KPT 5 minit.
  • Setelah tamat, tunggu hingga "plunger" turun baru di buka. Kcau dan ulang sekali lagi.
  • Setelah kalai kedua, SAmbal Tumis siap utnuk dimakan atau diolah ke sambal-sambal yang sewaktu dengannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

´╗┐Confirm that you are not a bot - select a man with raised hand:

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.