Telor Sambal

Idea untukresepi ini saya dapat bila makan di subuah restora Nyonya Peranakan. Lazimnya telor mata lembu/kerbau/sapi biasanya di hidangkan bersama olahan kicap, cili dan bawang. Sekiranya sambal pula biasanya menngunakan telur ayam atau puyuh yang direbus. Berikut adalah resepi Telor Sambal yang sesuai dimakan dengan nasi ataupun roti.

Sambal Tumis PPC

Memasak sambal tumis di dapur adalah satu tugasan yg cukup menduga. Seain dari harus berdepan dengan percikkan minyak sambal yang panas, process mereneih sambal yg ambil masa pasti menyebabkan dapur yg berminyak yang perlu dibersihkan. Tetapi Alhamdulillah ini semua dapat diatasi dengan kaedah masak yang menggunakan periuk tekanan udara. Di sini saya kongsikan cara-cara yang …

Opor Daging

Apabila salah seorang dari tetamu saya dari Cooking & Shaing Sesi 11 menanyakakan tentang masak Opor Daging tidak pernah terlintas dibenak fikiran ini yg #IbuSegalaRempah boleh dijadikan bahan masaknya. Lantas saya membuat sedikit rujukan di Internet. Saya buat perbandingan beberapa buah resep opor daging, justeru saya membuat kesimpulan dengan sedikit olahan Opor Daging boleh dihasilkan …

Orek Tempe & Mandai

Selain dari nangka muda. Kulit chempedak boleh juga diolah menjadi sejenis kudapan atau lauk pauk. Kulit chempedak yg sudah dibersihkan diperam dengan garam untuk menjadi “Mandai”. Mandai yg dipotong dadu kemudiannya digoreng sebelum dimasak sambal dan sebagainya. Resepi orek kali ini mennggunakan Tempe & Mandai serbagai bahan utamanya.

Paes Ikan

Idea resepi ini sumbangan seorang teman lama saya yang ini turut mengikuti sesi Cooking & Sharing (CS11) baru-baru ini. Ini adalah resepi perkongsian beliau yang kedua. Resepi Ayam Sambal Bali ada hasil dari perkongsian beliau. Resepi untuk Paes Ikan amatlah mudah, ia tidak memerlukan banyak bahan tambahan dan kaedah masak dengan cara mengukus atau membakar …