Day 4 – Bubur Lemak Udang Kering

4 Ramadhan 1439H. Kita digalakkan untuk tidak membazir makanan, terutama sekali ketika kita berpuasa dalam bulan puasa. Salah satu juadah yang boleh disiapkan dengan mengitar semula bahan-bahan makanan yang lain adalah Bubur.  Untuk resepi ini saya kumpulkan baki nasi yang disimpan di peti ais. Alhamdulillah juadah berbuka ini  dapat saya kongsikan bersama jiran-jiran. Untuk mempercepatkan memasak bubur nasi ini saya menggunakan kaedah pressure cooker. Saya menggunakan poeriuk tekanan jenama Philips HD2139 (PPC2139)

Day 4 - Bubur Lemak Udang Kering

Equipment

  • Philips HD2139 Pressure Cooker

Ingredients
  

  • 750 gm Nasi
  • 500 gm Udang Direbus, simpan air rebusan udang danb kupas kulkit udang
  • 50 gm Udang Kering Direndam kemudian dikisar
  • 4 sdm Bawang Kisar
  • 1 sdm Bawang Putih Kisar
  • 1 sdm Halia Kisar
  • 100 gm Santan
  • 3 sdm Minytak Masak
  • 2 litre Air rebusan udang atau air secukupnya
  • Garam dan serbuk lada putih secukup rasa

Instructions
 

  • Masukkan ke semua bahan-bahan kecuali santan dan udang ke dalam PPC2139. Set Mode Congee dan KPT 13 minit. Tutup PPC. Putar tombol VENT ke SEAL, tekan START.
  • Setelah tamat masa 13 minit, biarkan tekanan udara lepas dengan sendirinya, sekitar 10 minit. Sekiranya ma ada baki, lepskan tekanan secara manual. Buka tutup periuk.
  • Set ke sebarang BAKE mode. Masukkan santan, bahan perasa dan lada sulah. Kacau dan tambah air jika terlalu pekat. Bubur siap dihidangkan untuk berbuka puasa.

Notes

Bubur enak dihidangkan dengan isi udang,  hirisan telur dadar, daun sup/daun bawang, hirisan cili merah dan bawang goreng.
Tried this recipe?Let us know how it was!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Confirm that you are not a bot - select a man with raised hand:

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.