Bubur Berenpah

Bubur Berempah

Kita sering ada lebihan nasi yang tidak habis dimakan, terutama sekalai selepas ada majlis kenduri dan sebagainya. Selalunya, lebihan nasi suka dijadikan beraneka Nasi Goreng. Selain dari Nasi Goreng saya suka menjadikan nasi lebihan kepada bubur, terutama bila nasinya ada sedikit dan yang hendak makan ramain pula. Jom kita kongsi resepinya.
Course Rice Dish
Cuisine My Style
Servings 8

Equipment

  • Philips Pressure Cooker (PPCHD2137)

Ingredients
  

  • 750 gm Nasi
  • 4 sdm Bawang Kisar
  • 1 sdm Bawang Putih Cincang
  • 1 sdm Pes Halia
  • 25 gm Rempah Sop, saya menggunakan jenama Housebrand
  • 2 kiub Stok Ayam atau Lembu
  • 1 cawan Sayuran Campur
  • 3 sdm Minyak
  • Daun Sop & Daun Bawang
  • Serbuk Lada Putih & Garam secukup rasa
  • Air

Instructions
 

  • Mula2 nyalakan PPC2137, kemudian tekan butang SAUTE.
  • Tuangkan minyak, setelah minyak panas tumis bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan bawang dan hali. Terus menumis selama 1 minit.
  • Masukkan rempah sop dan kiub kaldu. Jika perlu taambah sedikit air. Tumis selama 1 minit.
  • Masukkan nasi dan air hingga melepasi nasi sekitar 2 sm. Kacau rata.
  • Tutup PPC2137, alihkan tombol VENT ke SEAL.
  • Tekan mode CONGEE (14 minit) kemudian tekan START.
  • Setelah tamat, tekan CANCEL dan lepaskan tekan. Buka penutup dan kacau bubur yg konsistensinya agak kental. Masukkan Sayuran campur. Tambahkan air hingga ke paras MAX.
  • Kacau dan rasa, tambah garam jika perlu. Tambah serbuk lada putih dan sedikit daun sop dan daun bawang.
  • Tutup kembali PPCnya. Alih tombol VENT ke SEAL. Set mode STEAM 10 minit.
  • Setelah masa tamat dan sudah tiada tekakanan, buka penutup PPC dan kacau seketika.
  • Bubur Berempah siap untuk sisajikan ber sama bahan2 sampingan seperi telor dadar yg dihiris, kacang goreng, daging ayam siat, daun sop/bawang, hirisan cili merah, bawang goreng dll.
Tried this recipe?Let us know how it was!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Confirm that you are not a bot - select a man with raised hand:

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.