Idea untukresepi ini saya dapat bila makan di subuah restora Nyonya Peranakan. Lazimnya telor mata lembu/kerbau/sapi biasanya di hidangkan bersama olahan kicap, cili dan bawang. Sekiranya sambal pula biasanya menngunakan telur ayam atau puyuh yang direbus. Berikut adalah resepi Telor Sambal yang sesuai dimakan dengan nasi ataupun roti.
Telor Sambal
Ingredients
- 4 kpg Telor Mata Lembu
- 50 gm Sambal Tumis
- 1/2 biji Bawang Bombay dipotong dadu
- 1/2 biji Tomota dipotong empat
- 1 sdt Bawang Purih Kisar
- 2 sdm Minyak masak
Instructions
- Atur telor yg sudah digoreng di atas pinggan hidang.
- Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik harum.
- Masukkan bawang bombay dan tomato. Tumis untuk 1 minit.
- Masukkan sambal tumis dan kacau hingga rata. Matikan api.
- Tuang sambal yang telah siap diolah ke atas telor tadi. Juadah yang ringkas oasti lazat siap untuk dihidangkan.
Tried this recipe?Let us know how it was!