Wisata ke Turki – 28 Okt

Rabu, Oktober 28th, 2009 | Blog | Tiada Komen

View Larger Map

  • Share/Bookmark

Jalan2 Raya Ke-2 – 27 Sep

Sabtu, Oktober 17th, 2009 | Blog | Tiada Komen

Hari Raya Aidilfitri 2009

Hari Raya Aidilfitri 2009

Assalamualaikum

Sudah hampir kepenghujung Syawal. Ada jugak yg masih berjalan raya agajnya, oleh itu  tidak terlalu lewat utk Pak Usu update jalan raya ke-2 KHA pada hari Minggu, 27 Sep yg lalu.  Maklumlah semenjak di opis ada kepimpinan baru tak ada time langsung utk curi2 masa utk update blog KHA. Berbalik kpd acara jalan2, kita semua berkumpul di rumah Pak Long. Pak Usu dan Nyai yg terawal sampai, ketika itu Pak Long satu famili sedang sibuk menyediakan nasi lemak utk juadah sarapan kitorang. Yg Pak Usu favorit skali ialah sambal sotong kering. PhuuYo .. power .. boleh buat niaga .. nway selera Pak Usu tersentak apabila sedang syok makan tiba2 Pak Usu tersedak .. langsung putus selera. Mungkin itu petanda agar Pak Usu stop krana masih ada banyak lagi rumah yg hendak dikunjungi. Sebelum bertolak ke runah seterusnya, sudah menjadi tradisi yg kita semua akan bergambar satu famili. Memandangkan jadual waktu yg suntuk, Pak Usu sarankan agar yg nak bergambar famili sendrik boleh laksanakan di mana2, kira own time own target ler tu.
Rumah ke-2. Dari AMK kita bertolak ke Hougang Ave 7 utk ke rumah Yayi Wahif/Nyai Nora dan Yayi Rashid/Nyai Noribah. Di rumah Yayi Wahid kalau tak silap Pak Usu, Mi Siam goring (tak ingat pasal tak makan), popiah goring dan minuman chin chau. Setelah berada sekitar 45 minit kitorang bergerak pula ke rumah Yayi Rashid yg terletak beberapa pintu saja dari rumah Yayi Wahid.
Rumah ke-3.  Di rumah Yayi Rashid, Nyai Noribah telah siapkan Mi/Soto ayam. Oleh kerana masih kenyang dari makan sarapan pagi. Pak Usu pun tak makan tapi wakilkan pada Abang Long yg sungguh berselera .. :) .
Rumah ke-4. Rumah ini best, betul2 membawa kenangan lalu. Nyai Ngah dan Maman Jemal tlah mengabulkan permintaan kami utk mengembalikan kenangan kami berkunjung raya sewaktu mereka menetap di AMK.  Rasa nostagik seperti ini lah yg membuat kunjungan raya lebih bermakna selain dari utk mengeratkan tali siraltulrahim.
Rumah ke-5. Dari Sengkang kitorang bergerak pula ke kawasan timur Singapura utk ke rumah Yayi Subari yg terletak di Pasir Ris. Kalau ke sini yg pasti Pak Usu cari ialah kek suji Nyai Zin yg jarang sekali dibuat orang. Kedatangan kami seramai 28 orang disambut gembira oleh Yayi Subari.
Rumah ke-6: Masih di kawasan timur, kami beredar ke Tampines utk berrkunjung ke rumah Nyai Limah yg menetap bersama cucunya (Norleen).  Oleh sebabkan usianya Nyai Limah kini sudah mula ingat2 lupa. Setelah sempat mengerjakan solat Zohor, kami pun minta izin utk beredar meninggalkan kawasan timur utk ke kawasa barat pula.
Setiap tahun sebelum Pak Usu siapkan jadual jalan raya ke-2, satu kriteria dan prinsip yg kami pegang walaupun mungkin tidak disetujui setengah pihak adalah,  kami akan berkunjung ke rumah saudara tersebut jikalau mereka telah datang beraya ke rumah Tanglin utk bertemu Nyai. Melainkan mereke2 ni pangkatnya lebih tua dari Nyai, kami berharap sekurangnya ada wakil yg datang berkinjung ke rumah. Tidak ada gunanya asyik memberatkan hubungan tali saudara sekiranya mereka atau anak2 mereka langsung tidak ambil kisah tentang Nyai. Oleh kerana itu, tahun ini rumah di Old Airport terpaksa kami kecualikan.
Rumah ke-7. Runah Yuyot Jamak yg terletak di Jurong West. Kali terakhir kami ke sini ialah pada raya 2 tahun yg leps. Tahun lepas kami tidak ke sini kerana pada waktu tu tuan rumah sudah hendak keluar rumah. Di rumah ini kami telah dihidangkan dengan juadah mi siam kuah. Memandangkan kali terakhir kami makan di Sengkang, maka ramai juga yg mungkin sudah lapar maka Pak Usu terpaksa tukar jadual sedikit. Kami di sini utk 40 minit sebelum bertolak ke rumah seterusnya yg terletak berdekatan.
Rumah ke-8. Seperti rumah Yuyot Jamak, kali terakhir kami ke rumah Yuyot Khalid ialah 2 tahun yg lepas. Di rumah ini, Yuyot Khalid telah siapkan nasi briyani. Peluang yg tidaj dilepaskan bagi mereka yg gemar dengan nasi briyani.
Rumah ke-9. Masih lagi di kawasan Jurong West, rumah seterusnya yg telah kami kunjungi ialah rumah Bibik Chinta. Hanya Bibik Chinta dari keluarga sebelah Arwah Yayi yg masih prihatin dengan Nyai. Bibik Chinta akan memastikan yg anak2 beliau datang beraya dengan Nyai. Oleh itu rumah Bibik Chinta adalah salah satu rumah wajib yg kami kunjungi saban tahun. Di sini kami semua telah dihidakan dengan kuadah nasi  lemak dengan sambal tumis sotong kering dan spageti. Kami turut tumpang utk mengerjakan solat Asar.
Rumah ke-10. Dari Jurong West, kami ke Bukit Panjang, ke rumah Nyai Eton yg baru berpindah ke sini. Nyai Eton telah siapkan kami juadah Mi Goring.
Rumah ke-11. Dari Bukit Panjang, kami semua bergegas pula ke Yishun utk mengejarkan waktu Maghrib. Yishun rumah Nyai Tijah dan Yayi Ghani. Pak Usu diberitahu yg Nyai Tijah telah menunggu kedatangan kami dari awal pagi lagi, mungkin pesanan yg Pak Usu kirimkan tidak sampai kepada Nyai Tijah. Di sini kami telah dhidangkan dengan juadah kacang phool.
Rumah ke-12. Rumah terakhir sebelum rumah penutup yg wajib kami kunjungi saban tahun ialah rumah Nyai Leha di Sembawang. Kebetulan pada hari itu, Bibik Wiwit turut adakan rumah terbuka maka ramai tetamu yg harus dilayani.  Selain dari Mi Siam, Nyai Leha turut menyediakan makanan yg lebih digemari anak2 seperti Fish Ball/Hot Dog, Hash Brown, Spageti bersertakan kuah tomatonya. Oleh kerana kerterbatasan waktu, kami tidak dapat berlama di sini. Kami harus sampai ke rumah penutup kira2 jam 9 mlm utk menggenapkan jangka penyewaan bas selama 11 jam.
Rumah ke-13. Rumah penutup tahun ini adalah rumah Pak Ngah dan Mak Ngah. Saban tahun pasti ada yg lain dari yg lain yg disiapkan utk kami. Walaupun setelah penat berjalan raya, tuan rumah masih terlarat utk menghidangkan kami murtabak yg dibuat sendiri oleh Pak Ngah. Selain dari itu kami semua telah dibekalkan se biji roti berisi asam pedas yg juga telah disiapkan oleh Pak Ngah. Macam gini  boleh berniaga tau. Seperti lazimnya setelah sampai ke rumah penutup, kami akan lakukan udian utk tentukan perjalanan raya tahun depan. Setelah undian dibuat, Insya Allah utk tahun depan, rumah pembukaan ialah rumah Cik Mimi/Bibik Wati dan rumah penutup adalah rumah Pak Long/Mak Long.
Kami semua bercadang utk berkumpul lagi di rumah Tanglin pada hari Deepavali.

  • Share/Bookmark

Menu Hari Deepavali – 17 Oct

Sabtu, Oktober 10th, 2009 | Blog | Tiada Komen

Nasi Pilau (Vegetable Pilau)

Ayam Masala (Chicken Masala)

Aloo Gobhi

Sambar

Urad Vadai

Masala Vadai

  • Share/Bookmark

Jadual jalan raya kedua pada 27 Sep

Selasa, September 22nd, 2009 | Blog | Tiada Komen


View Larger Map

Assalamualaikum

Berikut adalah jadual perjalanan jalan raya ke-2, serta peta perjalana dari rumah pertama (point A) hingga ke rumah penutup (point N). Insya Allah jika kita berdisplin kita semua bakal dapat mengunjungi 16 rumah dalam masa 11 jam (walaupun kita telah peruntukkan 12 jam). Dengan itu bagi mereka yg perlu bersekolah atau ke tempat bertugas pada keesokkan harinya tidak akan terlalu letih. Sekiramya jadual perjalanan ini sudah dipersetujui, Pak Usu akan menghubungi tuan2 rumah yg berkenaan utk khabarkan kpd mereka anggaran waktu kita semua bakal bertandang.

Kepada yg telah mungkin terlupa, tarikh jalan raya ke-dua ialah pada hari Ahad, 27 Sep.
Kita semua akan berkumpul di rumah Pak Long utk famili foto pada pukul 9.30 pg dan jika diizikan setelah beraya, kita akan bertolak ke rumah seterusnya pada tepat jam 10 pagi. Secara ringkas rumah yg akan kita kunjungi menurut jadual perjalanan adalaj seperti berikut

1. Ang Mo Kio Ave 10 (Pak Long)
2. Hougang Ave 7 (Yayi Wahid & Yayi Rashid)
3. Edgefield Plains (Nyai Tomok & Maman Jemal)
4. Pasir Ris Dr 3 (Yayi Subari)*+
5. Tampiness St 32 (Nyai Limah)+
6. Cassia Crescent (Yayi Sujari)
7. Corporation Drive (Yut Yah)
8. Jurong West Ave 1 (Bibik Chinta)
9. Jurong West St 42 (Yut Jamak)
10. Jurong West St 42 (Yut Khalid)
11. Petir Rd (Nyai Eton)
12. Yishun (Nyai Tijah)
13. Sembawang (Nyai Leha)
14. Woodlands (Pak Ngah)

  • Share/Bookmark

Menu Iftar Ramadan 1430/2009

Rabu, September 16th, 2009 | Blog | 2 Komen

Kemaskini … 16 Sep

1 – Iftar @ Tanglin – 22 Ogos

Laksa Tanglin
Urud & Masala Vadai
Lontong Goring
Kuih Koci & Tako
Toriyoki (agaknya a.k.a ball2)
Pulut Serunding Daging
Roti John
Epol2 (Mak Aji Bedah)
Chendol & Sirap Ros

2 – 23 Ogos

Kacang Phool
Makaroni Sup (Mak Aji Bedah)

3 – 24 Ogos

Lontong
Bi Hun Goring (Mak Aji Bedah)
Jemput2 roti

4 – 25 Ogos

Vietnamese Pho
Roti Kirai + Korma Ayam (Mak Aji Bedah)
Pengat Labu

5 – 26 Ogos

Tahu Goring/Gado Gado

6 – 27 Ogos

Mi Soto/Soto Ayam

7 – 28 Ogos

Pak Usu buka luar sal nak gi Natas Fait.

8 – Iftar @ Cik Majid’s – 29 Ogos

Pasta
Roti Boyan + Popiah Basah

Vadai Udang
Roti Sardin + Roti Hotdog

Epok2 & Kuih2

9 – 30 Ogos

Nasi Ambeng Bazaar Jurong West

10 – 31 Ogos

Mi Rebus

11 – 1 Sep

Roti Prata + Dalca

12 – 2 Sep

Mi Hun/Mi Suah (Sup)

13 – 3 Sep

Buka luar sal nak ke Bazaar Geylang Serai

14 – 4 Sep

Roti John Kirai

15 – Iftar @ Pak Long – 5 Sep

Sup Tulang

Roti Boyan
Muratabak Alif
Mi Brown + Wantan

16 – 6 Sep

Bubur Nasi + Telur Asin + Ikan Bilis + Sayur Kacang Panjang

17 – 7 Sep

Chapati + Keema

Evertop Hainanese Chicken Rice

18 – 8 Sep

Kway Teow Goring

19 – 9 Sep

20 – 10 Sep

Yusof Bryani Dam Power @ Bussorah Stree

21 – 11 Sep

Mi Hoon Soto

22 – 12 Sep

Nasi Lemark Adam Road

Rojak Mamak Adam Road

23 – 13 Sep

Claypot Yee Mee

24 – 14 Sep

Roti Prata + Kari Ikan

25 – 15 Sep

Nasi Lemak – Nyai

Chin Cheong Fun + Tahu Goring – Pak Usu

26 – 16 Sep

Lempeng + Sambal tumis sardin

27 – 17 Sep

Lontong

28 – 18 Sep

Bistik + Baked beans + Potato wedges

29 – 19 Sep

Lauk Raya



  • Share/Bookmark

Tags: ,

Resipi – Masala Vadai

Isnin, Ogos 24th, 2009 | Blog, Resipi | Tiada Komen

Masala Vadai

Masala Vadai

Recipe: Masala Vadai

Bahan2:

  • 1 cawan Chana (kacang kuda) dal
  • 1/2 cawan daun ketumbar – dicincang
  • 1 biji bawang besar – dicincang kasar
  • 3 batang cili hijau – dicincang kasar
  • 1/2 sdt jintan halus (cumin)
  • 1 sdt garam
  • Minyak utk menggoring

Cara2:

  1. Cuci dan rendam dal sekurang2nya 1 jam (ada setengah resipi suruh rendam semala
  2. man) Ambil 2 sdm dal yg sudah kembang, letak tepi.
  3. Kisar dak yg selebihnya kasar2
  4. Di dalam sebuah bekas campurkan kesemua bahan2 tadi.
  5. Kepal seperti hendak membuat pergedil. Sekiranya tidak melekat, boleh ditambahkan dengan tepung Besan (tepung kacang kuda)
  6. Goring dalam minyak yg panas

Recipe by on.

  • Share/Bookmark

Tags:

Resipi – Urud Vadai

Isnin, Ogos 24th, 2009 | Blog, Resipi | 4 Komen

Urud Vadai

Urud Vadai

Resipi: Urud Vadai

Bahan2:

  • 1 cawan urud dal
  • 3 batang cili hijau (kalau nak pedas boleh tambah ngan cili padi hijau) – dihiris bulat2
  • 1 biji bawang besar – dipotong kasar2 2 tangkai daun kari – diambil daunya
  • 1/2 sdt lada hitam biji (resipi asal pakai 1 sdt tapi maklum balas dari UD terasa sangat)
  • 1 biji telur (ni sebenarnya tak da kat resipi asal, saja Pak Usu tambah buat tambah lemak)
  • 1 sdt garam
  • Minyak utk menggoring

Cara2nya:

  1. Cuci dan rendam dal sekurang2nya 1 jam (ada setengah resipi suruh rendam semalaman)
  2. Kisar dall yg sudah kembang dengan sedikit air sahaja hingga betul2 halus.
  3. Di dalam bekas masukkan semua bahan2 dan digaul rata
  4. Goring macam jemput2. Resipi asal suruh bentuk macam donut tapi Pak Usu tak reti.

Olahan:

Boleh digoring bersama udang segar yg tidak dibuang kulit utk jadi Vadai udang. Kalau buat carian di Interner ni lah cara kawan2 kita buat Vadai Udang. Yg jual2 kat bazaar tu macam pakai tepung aja, tak rasa pun dal nya. Lebih sedap lagi pakai udang laut. Yg ni Pak Usu dah try.

Recipe by on.

  • Share/Bookmark

Tags:

Hari2 sebelum 3 Ogos

Jumaat, Ogos 7th, 2009 | Blog | Tiada Komen

Assalamualakum

Pada minggu ini, lebih tepat lagi pada 3 Ogos 2009 Pak Usu sah menjadi ahli kumpulan 4… Banyak activi2 yg telah Pak Usu jalani minggu sebelum keahlian Pak Usu hingga lah ke hari ini.

Pada hari Khamis, 30 Julai, Pak Usu telah ke hospital utk permeriksaan rutin dan juga utk permeriksaan lanjutan pada mata kanan Pak Usu.

Permeriksaan rutin di klink A tidak berjalan begitu baik, hasil ujian makmal menunjukkan yang banyak yg perlu Pak Usu usahakan utk mengembalikan tahap kawalan darah dan kolestrol seperti yg lalu. Pada hari itu, Pak Usu turut jalani skrining kaki, ketika itu ada sedikit nanah pada ibu jari kaki kanan Pak Usu. Doktor membuatkan Pak Usu cemas apabila dia usulkan yg Pak Usu harus ditahan dihospital utk perubatan dan pengawasan yg rapi. Doktor mengatakan yg beliau khuatir sekiranya tidak dirawat dengan segera ia bakal memudaratkan, kerana menurut beliau Pak Usu mempunyai sejarah dimasukkan ke hospital akibat luka pada kaki.

Pak Usu terpikir2 sebentar, nanah yg tak sebegini serius tak lah asing pada Pak Usu. Cuma Pak Usu harus lebih berhati2. Setelah berpikir, Pak Usu timbangkan baik buruknya dan keadan pada waktu itu. Pak Usu usulkan yg Pak Usu akan awas sendiri dan sekiranya ada tanda2 malarat atau mula demam makan Pak Usu akan langsung ke bahagian kecemasan. Utk memsatikan semuanya berjalan dengan teratur, doktor membuat temujanji dengan pakar kaki pada hari Selasa berikutnya.

Setelah usai di klinik A, Pak Usu ke klinik mata pula, jadual temujanji pada pukul 3.40 ptg tetapi Pak Usu hanya dapat berjumpa dengan pakar mata pada pukul  5.30 ptg. Walau macam mana pun Alhamdulillah beliau mendapati yg keaddan mata Pak Usu sudah agak stabil. Tidak seperti kelmarin di mana penglihatan mata kanan Pak Usu langsung kabur.

Pada hari Jumaat, Pak Usu dan UD telah membawa Nyai berjalan2 ke Air Hitam dan Kluang. Kami sempat berbelanja buah2an dan berbagai jenis krepek di pasar borong Air Hitam. Dalam perjalanan ke Kluang kami singgah sebentar do Zenxin Organic Park utk makan tengahari. Oleh kerana belum waktu, kami telah ke Giant di Kluang Plaza sebelum ke stesen KTM Kluang utk minum petang di Kluang Rail Cafe yg terkenal dengan kopi aslinya.

Di Kluang Rail Cafe, selaian memsang air kopi susunya, kami turut memesan roti bakar sapu kaya dan menjamu selera dengan nasi lemak dan mi siam mini. Dalam perjalana balik ke Air Hitam, kami singgah pula di sebuah gerai tepi jalan yg menjual Air Kelapa Bakar yg dikatakan berkhasiat seperti membuang angin dalam badan, mengeluarkan toxin dari badan dan sebagainya. Bergelodak dibuatnya, kenyang tak terkata, tak habis apa lagi menapau ler jawabnya.

Pada hari Sabtu, awal Pak Usu dah bangun kerana hendak ke pasar utk membeli bahan2 membuat Vietnamese Pho atau Mi Teow Sup Lembu. Walaupun Pak Usu membuat sedikit olahan pada resipi asal ia tetap menjadi. Power! tak caya tanya Nyai, tak penah2 Nyai habiskan sarapan pagi, tapi kali ini sampai dihirup2 kuah supnya. Sebelah petangnya Pak Usu dan Nyai ke Sheng Siong, dengan tujuan nak dapatkan bahan utk masak Rendang Tok Perak. Daging segar di Sheng Siong agak mahal berbandig dengan yg dijual di pasar, sebagai ganti Pak Usu membeli daging yg telah dibekukan sedang Pak Usu membelik2 bungkusan danging beku di peti sejuk, Nyaio terpandang satu bungkusan plastic dan menyuruh Pak Usu periksa kandunganya. Alangkah terperanjatnya Pak USu (sempat juga berIstigfar), di dalam beg plastic itu mengandungi pek2 kecil yg bertatahkan gamat Ba Alif Ba Ya. Huuui menyirap juga darah, kecoh juga dibuatnya, Apatah lagi Nyonya yg tolong jual kat Sheng Siong tak paham sepatah perkataan Inggeris atau Melayu, mujurlah PaK USu boleg bertutur dialet Hokien (tak sia2 selama ini berkumpul dengan bangsa Cina). Pak Usu kata ” Chik Kuan besai pang  chi tau, Chi kuan si ter bak eh, Mana esai pang chi tau. Chi tau si Huanah eh Halal eh bak eh” maknanya “Benda ni tak leh letak kat sini, benda ini Ba Alif Ba Ya. Mana boleh letak kat sini, Sini tempat daging Halal utk orang Melayu” .. ehem. Pegawai Sheng Siong pun datang dan langsung meminta maaf, setelah kekecohan reda kami teruskan berbelanja.
Sebelum pulang, kami telah ke gerai makanan India utk cuba beli nasi briyaninya. Nasinya ok tapi ayamnya tak ok. Ayam goring mamak kat kedai kopi lagi sedap. Pak Usu akan cuba dapatkan resipinya.

Rendang Tok Perak hasil masakan Pak Usu bolehlah jugak tapi silapnya Pak Usu tidak buangkan minyak2 pada daging lembu yg Pak Usu belinya. Akibatnya bau rendangnya bila dipanaskan menjelakkan gitu. Kalau dimakan sedikit2 bersama nasi panas sedap juga, tapi akhirnya Cik Tong jugak yg untung.

Hari Minggu, dapur Pak Usu tak berasap. Pagi Nyai sudah siapkan cempedak goring, sebelah tengahari Pak Usu dan UD telah pergi menonton wayang. Sewaktu di Vivo, Pak Usu telah membeli sepasang pakaian kerja dan utk jalan. Bila sampai di butik kasut jenama Crocs, rasanya macam ekonomi tak gawat gitu. Kalau yg dibeli utk orang dewasa tak per ler wlaupun harga mahal sikit klo utk orang dewasa tak ler terasa sangat kerana orang dewasa dah tak leh nak membesar lagi. Ini yg dibelikan utk anak2 kecil yg cepat membesar dan sepasang kasut anak2 di Crocs tidakler murah. … bersambung

  • Share/Bookmark

Menu Minggu ini – 26 Jul

Ahad, Julai 26th, 2009 | Blog, JJCM | Tiada Komen

Assalamualaikum

Minggu ni, selain dari menjalani laser mata pada hari Khamis, Pak Usu, Nyai dan UD telah ke rumah Nyai Leha utk sampaikan wang derma Ramadan. Setelah itu kitorang telah makan malam di kedai makan Al Amin yg terletak dekat deretan kedai bersebelahan dengan Sembawang Shopping Centre. Tak tau pulak Pak Usu yg kat sini ada 2 buah kedai makanan laut. Setahu Pak Usu ada Fish N’ Chicks. Pak Usu dapat tau tentang tempat makanan laut ni melalui teman keja Pak Usu.
Asalnya kitorang tak nak ler oder banyak2, klo ikutkan sekadar 3 jenis lauk iaitu ikan kukus, sayur dan lauk sampingan. Bila time nak buat pesanan,  kitorang dicadangkan utk memesan hidangan berset. Menurut pelayan, harga seekor ikan siakap kukus adalah $17 oleh itu lebih berbaloi klo pesan hidangan set. Beiau cadangkan set yg berharga $35 utk 4 orang. Yg baiknya hidangan set ini tidak tertakluk kepada makanan yg telah ditetapkan. Kitorong boleh mix and match ikut selera dan kesukaan kita. Pesanan kami, ikan siakap kukus, sotong sambal, seafood tom yam dan sayur kangkong belacan. Oleh kerana waktu tu tak ramai pelanggan, pesanan kitorang sampai kira2 sepuluh minit kemudian. Kitorang turut hidangkan dengan sepinggan telur dadar yg kitorang tak pesan, bila diberitahu yg telur dadar termasuk dalam hidangan set, kitorang rasa cukup berbaloi kerena hidangan set ni sememangkan cukup utk makan 4 – 5 orang. Termasuk air minuman, makan malam kitorang berharga $38, yg Pak Usu rasa cukup berbaloi, tapi satu perkara yg tak bestnyer, nasinya keras kurang air.

Beef Hor Fun

Beef Hor Fun

Pada hari Jumaat, Pak Usu tak bekerja. Tengahhari Nyai beli ayam goring mamak dan Pak Usu goringkan peria ala India. Sebelah malamnya Pak Usu telah siapkan Beef Hor Fun dan Seafood Hor Fun utk Mak Cik Salmah (Tukang gosok) kerana beliau tidak makan daging merah.

Bila Pak Usu diberitahu yg Mak Encha ngan famili akan dtg pada hari Sabtu, Pak Usu pun terus cari resipi2 yg sesuai. Pak Usu teringat akan hidangan India yg Pak Usu makan kat tempat kerja. Hidangan ni dijual setiap hari Rabu, seperti idea peria goring, idea resipi Vegetable Pulao dan Spicy Chicken Masala datang dari pengalaman makan di kantin tempat keja.

Spicy Chicken Masala Vegetable Pulao Bitter Gourd Crisps

  • Share/Bookmark

Tags: , ,

Kejadian yg mengejutkan – 23 Jul

Jumaat, Julai 24th, 2009 | Blog | 1 Komen

Assalamualaikum

Klinik CSemalam sesuatu yg memingbangkan berlaku, seperti biasa Pak Usu ke tempat bertugas dan jalani kegiatan seperti biasa. Sedang asyik membaca lembaran dokumen, tiba2 Pak Usu terasa seperti ada sesuatu yg tak kena dengan mata kanan Pak Usu. Pak Usu gonyo mata dan tekap dengan sehelai tisu, tak juga hilang. Pak Usu kemudian menekap mata kiri Pak Usu utk kepastian. Alangkah terkejutnya Pak Usu apabila Pak Usu dapati yg penglihatan mata kanan Pak Usu sunnguh  kabur. Satu apa perkataan pun tak leh nak baca. Sekurang2nya beberapa waktu yg lalu Pak Usu masih boleh melihat hurup yg besar2, kalau time periksa doktor hurup E gerenti boleh baca. Panik ler juga kerana jadaual pemeriksaan mata Pak Usu hanya pada bulan November.
Pak Usu hubungi hospital utk cuba dapat pernukaran jadual, malangnya doktor Pak Usu hanya melihat pasien bersubsidi pada setiap hari Rabu. Oleh kerana tidak ingin melengahkan masa, Pak Usu pun buat keputusan ukt berjumpa dengan doktor yg lain ptg smlm jugak.
Setelah meninggalka pesan kpda staf Pak Usu, Pak Usu pun terus ke hospital. Setelah diperiksa, doktor menyatakan yg Pak Usu haru jalani laser utk membersihkan selaput yg telah mengkaburkan pengligatan Pak Usu. Setelah diberitahu implikasi dan tentukan yg Pak Usu berekspetasi yg betul, maka Pak Usu tandtangan surat izin.
Oleh kerana tidak ramai pasien, Pak Usu terus jalani laser, yg ambil masa lebih kurang 10 minit, laser kali ini tidak sakit sama sekali.
Alhamdulillah, kini penglihatan sudah tidak kabur tetapi tidak lah senormal dulu.

  • Share/Bookmark

Pesanan Ringkas

Last Message
1 month
 ago
2 guests are online.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • hilarious quotes : Please add my Blog's link in your Blog...My Blog is «link»
  • pakusu : Kpd semua yg belum memiliki account FB, pakusu syorkan agar segera mendapatkanya. Jika sesuai Portal ini akan perlahan2 berpindah rumah
  • mak ngah : Untuk pengetahuan semua hari Sabtu ini (1-5-2010), akan diadakan mesyuarat kat Tanglin. Harap maklum.
  • Guest_3360 : Ni tahun bila punya chat nih? Macam dah lama tak pakai carpet nih
  • pakusu : Menu Pak Usu uyk hari Sabtu ni: Bak Kut Teh & Duck Noodle
  • mak ngah : meeting kat Tanglin hujung minggu ini....kita overnight kat sana..
  • Adenan Family : Kita tak jadi pergi kuala lumpur untuk wisata 2010.
  • Adenan Family : Pak Usu pergi jemputan pukul berapa?
  • mak ngah : Jemputan Cik Amat date Saturday 13 March 2010 function will be held at Blk 670 time 2.00pm to 9.00pm at woodlands ring road.
  • pakusu : Harap maklum jemputan majlis kahwin pada hari Sabtu 16 Jan, sedaranya Nyai
  • pakusu : Hrap maklum jemputan rumah terbuka maman boi pada 1 Januari
  • pakusu : Tikit2 utk pertandingan akhir Singapore Idol sudah habis. Kpda yg masih berminat, Pak Usu akan cuba dapatkan lagi
  • pakusu : Pak Usu ada beberapa kog tiket utk menyaksikan pertandingan akhir Singapore Idol 2009
  • pakusu : Favorite punya pasal siang2 pask us dah order 2 kampit .. yummmz
  • pakusu : Berita baik utk Pak Usu dan yg menggemari sos ini, boleh beli Koren Chili Sauce from Seoul Garden :)
  • mak ngah : hmm...bestnya! :lol:
  • pakusu : masih kurang tepat. keyword: korba tetapi tiada apa2 yg simbolik berkaitan dengan ivadah korban. Halal? asala tak pakai kulit lembu. lembu pun Halal aper. Hint selanjutnya. Rakyat Turki.
  • mak ngah : kalau dia pakai pakaian yang dibuat dari kulit kambing dia umpama telah dijadikan kambing untuk dikorbankan seperti yang telah di lalui oleh anak Nabi Ibrahim.
  • mak ngah : Kulit Kambing itu Halal
  • pakusu : alamak dah jauh dah tu. Ok, Mak Ngah teryskan teka jawapannya. Klo sampai raya aji tak der org lain yg teka, Mak Nak Ngah ler yg menang.
  • mak ngah : simboliknya bila org2 Turki pakai pakaian dari kulit kambing ia umpama seperti pengorbanan yg dilakukan oleh Nabi Ibrahim.
  • pakusu : hampir tepat .. keyword: korban. Soalannya, mengapa Turki memilih kulit kambing utk dijadikan pakaian.
  • mak ngah : Nabi Ibrahim korbankan anaknya Nabi Ismail dengan perintah Allah. tetapi beliau kasihan anaknya dan allah menggantikannya dengan kambing. :lol:
  • pakusu : Utk rancakkan baca & teka. Yg dapat meneka dengan tepat. Insya Allah, berpeluang ikut Nyai, Pak Usu dan UD berwisata.
  • pakusu : Kurang tepat.
  • mak ngah : mak ngah teka tak tahulah betul atau tidak....pada zaman Rasulullah SAW, beliau mengembala kambing :lol:
  • pakusu : Pak Usu in M'cca
  • pakusu : Insya Allah, klo ada belen, kitorang simpankan :)
  • mak ngah : Sayang kita tak dapat makan...simpanka n boleh?... :D
  • mak ngah : pak su belum Deepavali dah ada menu...bestnya!!
  • pakusu : jln raya kedua betuk2 ikut peta SG
  • pakusu : Posa2 tak leh nak terlalu laser .. semoga pengerai yg jual otak2 basi tu melakukannya dengan tidak sengaja/ Wallahualam.
  • pakusu : Iftar @ Pak Long pada hari Sabtu 5 Sep. Ini ada Iftar Ramadan KHA yg terakhir utk tahun ini, harap2 famili Maman Nan dpat tangguhkan niat utk ke kamppung dan sama2 beriftar.
  • pakusu : Mak Ngah, selamat berulang tahun. smga diberikan kesihatan, kesejahteraan, panjang umur dan murah rezki
  • pakusu : Iftar @ Woodlands pada hari Sabtu 29 Ogos.

Kategori

Tarikh2 utama

  • 5 hari yg lalu adalah Hari lahir Amalia yg ke 14 thn

Arkib