20 May, 2018
Day 4 – Bubur Lemak Udang Kering

4 Ramadhan 1439H. Kita digalakkan untuk tidak membazir makanan, terutama sekali ketika kita berpuasa dalam bulan puasa. Salah satu juadah yang boleh disiapkan dengan mengitar semula bahan-bahan makanan yang lain adalah Bubur. Untuk resepi ini saya kumpulkan baki nasi yang disimpan di peti ais. Alhamdulillah juadah berbuka ini dapat saya kongsikan bersama jiran-jiran. Untuk mempercepatkan memasak bubur nasi ini saya menggunakan kaedah pressure cooker. Saya menggunakan poeriuk tekanan jenama Philips HD2139 (PPC2139)

Servings |
|
Ingredients
- 1 KG Nasi
- 500 gm Udang Direbus, simpan air rebusan udang danb kupas kulkit udang
- 50 gm Udang Kering Direndam kemudian dikisar
- 4 sdm Bawang Kisar
- 1 sdm Bawang Kisar
- 1 sdm Halia Kisar
- 1/2 cawan Santan
- 3 sdm Minytak Masak
- 2 litre Air rebusan udang atau air secukupnya
- Garam secukup rasa
Ingredients
|
![]() |
Instructions
- Masukkan ke semua bahan-bahan kecuali santan dan udang ke dalam PPC2139. Set Mode Congee dan KPT 30 minit. Putar tombol VENT ke SEAL, tekan START.
- Setelah tamat masa 30 minit, biarkan tekanan udara lepas dengan sendirinya, sekitar 10 minit. Sekiranya ma ada baki, lepaskan tekanan secara manual. Buka tutup periuk.
- Set ke sebarang BAKE mode. Masukkan santan, bahan perasa dan lada sulah. Kacau dan tambah air jika terlalu pekat. Bubur siap dihidangkan untuk berbuka puasa.