Ayam Masak Serai (Lemongrass Chicken)

Saya mendapoat idea untuk resepi ini waktu saya berada di Melaka baru2 ini. Ketika itu saya sedang berbelanja di Jusco Aeon bila saya dihampiri seorang promoter yg sedang mempromosi sos tiramnya. Menurut akak promoter Ayam Masak Serai yg diberikan sebagai “taster” dimasak dengan menggunakan sos tiramnya. Klau dah minat memanglah tak ke mana, saya bertanyakan kepada akak promoter bahan-bahan yang beliau gunakan. Bila dicicipi Ayam Masak Seraimya saya dapat “relate” rasanya kepada Rendang Ayam, saya terus membuat rujukan kepada Encik Google. Resepi Auam Masak Serai berikutnya adalah olahan saya yang menggunakan #IbuSegalaRempah sebagai bahan asasnya,

Ayam Masak Serai (Lemongrass Chicken)

Course: Main Course
Cuisine: Malaysian, My Style, Singaporean

Equipment

  • Philips Air Fryer XXL

Ingredients

  • 1 KG Ayam dipotong dadu, dikuniyt garam dan digoreng
  • 100 gm #IbuSegalaRempah
  • 6 btg Serai dititik
  • 2 sb Sos Tiram
  • 2 kpg Asam Keping
  • 5 kpg Daun Limau Purut
  • 1 cawan Air
  • 3 sdm Minyak

Instructions

  • Panaskan minyak di dslsam kuali, kemudian tumis serai hingga naik wangi.
  • Masukkan ayam yg sudah digoreng, #IbuSegalaRempah, sos tiram, asam keping dan daun limau purut. Gaul hingga merata. Masukkan air.
  • Masak hingga rempahnya meresap. Lauk ini tidak berkuah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

´╗┐Confirm that you are not a bot - select a man with raised hand:

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.