Pak Usu harap korang semua ada fikirkan plan B, sekiranya cuaca tidak mengizinkan utk kitorang jalan2 balik kampung ke rumah Maktok. Walau macammanapun,sama2 lah kitorang semua berdoa agar hasrat kitorang semua diizinkan Allah.
Ok, utk tidak mematahkan semangat mereka yg sudah sejak awal2 ghairah utk balik kampung. Pak Usu telah siapkan atur caranya.
7 pagi - semua sudah mula bertolak ke Sri Gading
8.30 pagi - Sekiranya perjalanan OK, semua sudah melewati pitnu keluar tol Air Hitam
9 pagi - sekiranya takda yg sesat, semua sudah dijadualkan berada di rumah Maktok utk get ready sarapan Nasi Lemak Maktok Selepas bersarapan sampai menunngu waktu Zohor dan makan tengah hari, korang semua free utk bersembang atau ronda2 keliling kampung.
12 tgh - Makan tengah hari diikuti dengan solat jamak Zohor/Asar.
2 Ptg - bertolsk ke Zenxin Organic Farm (50 min) Bergantung kepada apa yg ada di sana. Kitorang akan berada di sinii selama kurang sejam.
3.50 ptg - bertolak ke Stesen Kretapi Kluang utk minum petang (6 min). Kafe di sini terkenal dengan air kopi dan roti kayanya. Air kopinya dikatakan terbaik di Malaysia kerana ia menggunakan seratus peratus biji kopi yg dipanngang tanpa dicampur dengan bahan2 lain. Kalo ada yg kekurang boleh beli serbuk kopinya buat balik.
4.30 ptg - bertolak ke Rengit. Perjalalan ke Rengit akan ambil masa 1 jam. Kitorang ada lebih 1 jam utk bebelanja di Azhar Food Supplier
6.30 ptg - Kitaorang akan bertolak ke Carrefour Batu Pahat Perjalanan ke Carrefour, Batu Pahat akan mengambil masala lebih setengah jam. Sesampai di Carrefour, yg nak solat Maghrib boleh teruskan solat, yg nak berbelanja teruskan belanja.
Apa yg perlu diingat ialah masa perniagaan tempat2 yg hendak kita kunjungi:
Zenxin Organic Park dari 9 pg hingga 9 mlm Kafe Stesen Kretapi Kluang dari 2 ptg hingg 6 ptg (minum ptg) Azhar Food Supplier dibuka selewat2nya sampai pukul 6.30 ptg atau 7 mlm utk hari2 hujung minggu.
Untk makluman Maman Nan dan Cik Ina, kitorang semua tidak akan berbalik ke kampung selepas berbelanja di Carrefour.
Kepada yg lain, terpulang dengan aturcara masing2, nak sambung shopping kat JB atau terus balik ke Singapura.
Aturcara ini taklah muktamad, kalo sape2 yg ada cadangan lain sila usulkan.
Kepada yg sering2 ke Tampines mungkin sudah lazim dengan kawasan ini, tapi pada kita yg tinggal di kawasan sebelah barat, selatan atau utara dan tidak mempunyai ramai kenalan di sana mungkin jarang2 ke kawasan Tanpines. Setelah mendapat tahu melalui blog makanan Halal, Pak Usu dan UD semalam telah ke sana utk makan malam sakalian tarpaukan Nyai sekali.
Kami telah ke Rasa 21 di blok 201D Tampiness St 11. Rasa 21 adalah lagi satu kedai kopi yg keseluruhannya menjual makanan2 Halal. Di sini terdapat perbagaian jenis makanan dari Melayu, Cina, India, Barat dsbg. Secara ringkas pasti dpat memenuhi citarasa setiap ahli keluarga. Pak Usu pernah lihat prata yg dibuat oleh ong pompuan dan Pak Usu pun pernah lihat prata yg dubuat oleh ong Cina. Tapi kalau nak try prata yg dibuat ong pompuan Cina, di sini lah tempatnya.
Tujuan Pak Usu dan UD, jauh2 datang ke sini utk makan adalah kerana Pak Usu dapat tahu yg di sini ada terdapat kedai makanan laut Cina yg boleh dikataklan antara yg famous kat Singapura. Ia mempunyai beberapa buah cawangan di serata Singapura tetapi ini adalah satu2nya yg Halal. Ia dimiliki oleh Kim's Seafood yg sudah lama bertapak di kawasan Joo Chiat. Utk tidak mengelirukan, cawangnya yg Halal diberi sedikit sentuhan Melayu dan dipanggil Warong Kim's Seafood. Apa yg buat Pak Usu tertarik utk ke sini, kerana bukan saja ong kita yg kata, ong Cina yg tak perasan yg cawangan inimenyediakan masakan Halal pun turut beri pengintirafan masing2.
Satu perkara yg menarik ialah, Warong Kim's menggunakan konsep layan diri seperti di hospital. Pelanggan beratur, buat pesanan dan bayar. Pelanggan kemudian akan diberikan nombor giliran. Bila pesanan sudah siap dimasak, nombar giliran si pelanngan akan terpancar di papan tanda elektronik.
Semalam Pak Usu dan UD memesan sepinggan Oyster Prawn Mee (must try), Seafood Fried Rice dan Taugeh Seaffod Goreng Sambal. Harga makanan di sini sunnguh berpatutan dan porsinya agak besar. Mereka tidak lokek dengan bahan2 seafoodnya. Sepinggan nasi goring boleh dikongsi 2 atau 3 orang. Oleh itu kami sudah maklum apa yg haru dilakukan sekiranya kami datang ke sini lagi. Selain dari beraneka mi dan nasi, di sini juga terdapat beraneka masakan laut yg tampak sungguh menyelerakan. Insya Allah, Pak Usu akan ke sini lagi. Siap nak ikut?
Berikut ada sedikit informasi utk acara jalan2 balik kampung. Turut disertakan di sini peta arahan yg telah diberikan oleh Maman Nan. Oleh kerana kita semua akan bergerak dari arah yg berasingan, Pak Usu cadangkan yg kkita semua berhimpun di pintu keluar tol Ayer Hitam. Dari situ samada Maman Nan dtg jemput atau kita convoy ke sana.
Memandangkan kita cuma ada lebih kurang 5 jam utk teroka kawasan sekeliling. Pak Usu rasa kita tidak perlu ke Mersing kerana agak jauh. Berikut adalah senarai tempat2 yang Pak Usu rasa kita boleh luangkan masa utk kunjungi.
1. Ayer Hitam (persiapan raya haji) 2. Rengit (persiapan raya haji) 3, Zenxin Organic Park (Buah dragon) 4. Kluang Railway station (kopi power dan roti kaya) 5. Shopping kat BP
Sekiranya ada yg berminat, Pak Usu ada tawaran utk melawat New Star Food Industries pengeluar makanan ringan jenama Snek Ku yg terletak di kawasan perindustrian Sri Gading kurang sepuluh minit dari rumah Mak Tok.
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 11 November 2008 09:24 )
Kenangan yang tak ternilai
Ditulis oleh pakusu
Ahad, 09 November 2008 08:12
Assalamualaikum
Sunnguh lucu dan nostalgic sekali bila berpeluang sekali2 menonton video2 lama. Samada vudeo perkahwinan maupun video jalan2 raya pasti mencuitkan rasa gelihati dan juga rasa sedih kerana ramai yg dulu memaainkan watak utama dalam video2 ini sudah pergi meninggalkan kita.
Baru2 ini, Mak Ngah ada passkan Pak Usu VCD pernkahan beliau dan juga VCD Ira. VCD2 ibi semua sudah tidak boleh dimainkan lagi. Setelah membuat pertanyaan dengan teman kerja serta melakukan carian melalui internet, Pak Usu baru dapat tahu yg VCD mempunyai jangka hayat tertentu dan facktor kualiti media juga memainkan peranan. Apa yg Pak Usu cuba terangkan ialah setiap VCD mempunyai lapisan dye, lapisan dye ini akan hilang dimakan masa. Dan sekiranya lapisan ini hilang makan VCD tersebut sudah tidak boleh dimainkan lagi. Inilah yg berlaku pada VCD Ira.
Utk VCD Mak Ngah pula, Alhamdulillah kebetulan Pak Usu masih ada salinan masternya, tetapi dalam bentuk video tape. Tempoh hari Pak Usu cuba hidupkan video player, mungkin kerana sudah agak lama tidak digunakan, kapacitornya meletup dan mengeluarkan kepulan asap yg sungguh hangit sekali. Kenudian, Pak Usu teringat yg tempat kerja Pak Usu mungkin ada, teman kerja Pak Usu mentertawakan Pak Udu kerana teknologi video tape ini sudah obsolit. Pak Usu tak patah semanagt, kalau semua tak da, satu tempat ini pasti ada.
Untk memendekkkan cerita, Pak Usu telah membeli sebuah player dari Mustafa Centre. Oleh itu sesiapa yg mempunyai video2 lama, yg berharga, sebaik2nya dialihkan kepada DVD yg mempunyai jangka hayat yg lebih lama.
Berikut adalah emel yg Pak Usu terima daro Adenan & Family nerserta cadangan aturcara Jalan2 Balik Kampung.
======================================================= Assalamualaikum , Pakusu kena belajarlah tinggal di kampung . kalau pakusu nk jln2 cari awek ke ... ini ada senarai wisata ke kampung batu pahat .
6.ooam : Bertolak dari S'pore ke Kampung . 9.ooam-10.ooam : Tiba ke kampung 10.ooam-11.ooam : Sarapan pagi 12.oo-1.oopm : Makan tengahari 1.3o - 2.oo pm : Solat zohor 2.oopm-3.oopm : Jalan2 ke BP Mall 3.oopm-4.oopm : Jalan2 ke Carrefore & Prima Dona 4.oo-4.30pm : Singgah di masjid besar Batu Pahat ; Solat asar 4.3o-5.3opm : Jln2 ke Summit Batu Pahat 5.30 pm : Bertolak balik ke kampung 6.oopm : Berehat & bermandi 7.oopm-7.3opm : Solat maghrib 7.3opm-8.oopm : Makan mlm 8.30pm : Bertolak ke S'pore . ( terpulang lah jika nk lambat .)
Menu Sarapan Pagi : Nasi lemak Maktok Roti canai telur bawang Roti canai sardin Roti canai kosong
Menu Tengahari : Nasi Minyak / Nasi beryani Sate ayam , daging & perut
Pak Usu rasa, mungkin ada dah tersalah anggap ni. Apa yg Pak Usu maksudkan ialah Pak Usu tak akan betah kalau setakat sehari suntuk kat rumahnya Maktoknya Amin tanpa ada aktiviti2 kampung yg lain. Pak Usu pahan ini adalah Jalan2 balik kampung dan bukan Jalan2 Shopping kat kampung. Apa yg Pak Usu maksudkan ngan aktiviti yg bercorak suasan kampung ialah melawat dusun2ke, industri2 kecil yg dikerjakan di rumah2 seperti kilang buat kropok lekur ke dan sebagainya. Kita biasa makan benda2 ni, mungkin in masanya utk kita lawati dan lihat cara pembikinannya. Tak ler niat atau maksud Pak Usu utk isi setiap masa di kampung dengan mengungjungi mall atau pusat beli belah aje.
Ok, sekarang soal pengangkutan yg tergenjot, memandangkan yg Cik Mimi tak jadi nak sewa kenderaan, kitorang semua perlukan buah fikiran macam manaer nak jayakan acara Jalan2 Balik Kampung ni satu keluarga. Okeh itu Pak Usu harap kitorang semua sama2 pikirkan dari sekarang, jangan pula sampai saat2 akhir baru tercari2.