|
Blog @ mykeluarga.com
|
Ditulis oleh amalia
|
|
Rabu, 06 Ogos 2008 19:15 |
|
Assalamualaikum semua...sekarang..amalia akan ceritakan pasal event "CCA Appreciation Day"...It was a memorable day... It was on Saturday(2 ogos 2008)...Amalia dan kawan2 tidak sabar untuk event itu bermula...EVent ini dikhaskan untuk org2 yang telah memasuki pertandingan macam SYF,competition and so on from this year...Amalia looked forward to this event to be a happy ending...Amalia adalah salah seorang yang memasuki SYF Band... Setelah vent itu bermula,kawan amalia tidak sabar untuk memegang trofi yang terletak di atas "stage".Amalia tak excited sngat...tapi nervous kerana amalia kena diri kat stage in the front row...Amalia asyikmketawa apabila dibirikan trofi itu...Kawan amalia,Nazirah,mahu sangat trofi yang besar itu...Dia tidak sabar untuk namanya dipanggil....Kategorinya adalah best leader...malang nama saya dn nama kawan saya itu tidak dipanggil...Amalia ingat event itu da habis...tetapi ader kategori best performing ARTS girl & boy...Amalia tidak pasti yang amalia akan dapat..tetapi kawan saya nazirah itu bersemangat untuk dapat trofi yang besar itu. Cikgu kat hall itu cakap "this ppl shows passion in their CCAs...Let's present......."Ada satu lelaki daripada ANGKLUNG.. dn satu daripada Band...Guess who is in the band(girl)of coz... "The best performing arts girl is.......AMALIA ADENAN"....Amalia berdiri daripada tempat duduk amalia dan terus pergi atas 'stage'.Amalia tidak sangka yang amalia boleh mencapainya...Amalia memang suka muzik bcoz it reliefs me from STRESSssssss!! Lagi2 next week is PSLE ORAL!!!!! im ALARMED...i hope my fellow cousin who is siting for PSLE is feeling the same too!! K...lepas itu kiter org ader babeque at school...for 1h..Amalia berasa bangga dengan diri amalia dan amalia juga encourage my fellow juniors to have passion in BAND...so...bye2.. Assalamualaikum, Amalia Bte Adenan...
|
|
|
Jalan2 Ke Batam - Update 2 |
|
|
|
|
Ditulis oleh pakusu
|
|
Selasa, 29 Julai 2008 15:25 |
Assalamualaikum
Kpd semua yg tertunggu2 ternanti2 samada plan utk ke Batam jadi ke tidak, di sini pak usu ingin maklumkan Insya Allah semuanya sednag rancak diatur. Utk mempermudahkan tuan rumah utk mengatur jadual kegiatan Pak Usu telah cadangkan kegiatan2 seperti berikut. Kecuali yg pertama dan yg akhir, yg lain tidak mengikut sebarang jadual tetap.
1. Sarapan 2. Kilang kuih lapis 3. Pasar borong utk kerepek2 4. Pasar borong buah markisa 5. Shopping di Matahari Nagoya 6. Shopping batik 7. Makan tengah hari 8. Rihat utk solat Zohor/Asar 9. Batam Centre
Untuk perhentian terakhir, di sini kira own time own target utk menyopping sakan. Terbatasan waktu bergantung kepada feri terakhir utk pulang ke Singapura iaitu 9.30 malam.
Dah banyak kumpul duit?
|
|
Apa dah jadi? - 1 Jul 2008 |
|
|
|
|
Ditulis oleh Pak Usu
|
|
Selasa, 01 Julai 2008 13:54 |
Assalamualaikum
Lama benar Pak Usu tak menyumbangkan sebarang artikel maupun meneruskan cerita wisata Pak Usu ke Amerika.
Selain dari sibuk dengan tugas, serta baru-baru ini sibuk troubleshooting masalah webcam. Selama lebih seminngu Starhub cuba tetapi gagal mencari puncanya. Akhirnya Pak Usu juga yg menyekesaikan masalah webcam. Hujung minggu ini Pak Usu akan menggantikan Cam2 dan Cam3 dengan yg serupa dengan Cam1. Pak Usu juga akan membuat sedikit perubahan pada lelaman ini.
Sementara itu sejak dua menjak ni, Pak Usu sudah mula berjinak2 dengan Facebook, oleh itu kepada sesiapa yg ada Facebook add Pak Usu ler.
|
|
Mee Rebusku bertukar jadi "HULK" |
|
|
|
|
Ditulis oleh syahirah
|
|
Rabu, 18 Jun 2008 18:51 |
Assalamualaikum,
Mak Ngah telah membuat mee rebus pada hari Isnin yang lalu (16/06/08) menggunakan keledek berwarna ungu. Kenapa keledek warna ungu? kerana pada hari Ahad yang lalu Mak Ngah telah membeli seplastik besar keledek yang berharga $1.00. Pak Ngah telah merebus semua keledek itu, oleh kerana banyak sangat, Mak Ngah bercadang untuk membuat sesuatu yang menggunakan keledek. Mula-mula nak buat keria, kemudian dicadangkan oleh Kak Ira supaya membuat mee rebus.
Mak Ngah bimbang juga apa akan jadi pada warna kuah mee rebus yang menggunakan keledek berwarna ungu tetapi apabila di galakkan oleh Sarah (katanya asal rasa sedap OKlah). Mak Ngah pun memasaknya.
Apabila memasak kuahnya, tiada banyak perubahan, cuma warnanya lebih gelap dari biasa, tetapi bila Mak Ngah tuang kuah keatas meenya.......meenya bertukar warna kepada warna hijau termasuk telurnya sekali (agaknya dia marah kerana menggunakan keledek yang berwarna ungu dan bertukar menjadi "HULK"
Kemudian perkara yang pelik terjadi apabila mee yang dimakan oleh Kak Ira, Sarah dan Akram semua bertukar menjadi hijau tetapi mee Mak Ngah tidak......Kenapa Eh?
Setelah ditenung2 rupa2nya Mak Ngah telah memeraskan limau keatas mee Mak Ngah. Agaknya perahan limau tersebut telah bertindak balas dan menukar warna mee keasalnya.
Disini Mak Ngah ada sertakan gambar2 mee rebus "HULK" Mak Ngah.
 
Ini mula2 tuang kuah

Ini setelah digaul rata

Ini setelah diperaskan limau
|
|
Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 21 Jun 2008 13:42 )
|
|
Perkelahan keluarga yang tidak dirancang... |
|
|
|
|
Ditulis oleh syahirah
|
|
Rabu, 18 Jun 2008 18:10 |
Assalamualaikum, Pada 10/06/08 yang lalu, Mak Ngah sekeluarga telah pergi berkelah di pantai Changi. Hari itu Pak Ngah 'off' dan pula masih cuti sekolah.Mak Ngah tidak menyediakan apa2 kerana Pak Ngah kata kita boleh beli makanan disana.Kita hanya membawa 2 botol besar air yang telah dibekukan. Kita bertolak dari rumah pukul 7.30 pagi. Kita akan menaiki bas 168 dari Woodlands ke Bedok Interchange. Memandangkan kita akan ke Changi Point untuk bersarapan, kita pun berjalan keluar untuk menaiki bas no 2. Perjalanan dari Woodlands ke Changi memakan masa hampir 2 jam. Setelah sarapan, Mak Ngah membeli nasi bungkus untuk makan tengahari. Setelah itu kita menuju ke pantai dan mencari tempat yang sesuai. Setelah mendapat teduhan yang agak berdekatan dengan 'toilet', kita pun mula membentang tikar dan khemah. Waktu itu air masih surut, dijangka naik pada waktu petang. Kita pun duduk2 dan baring2 menikmati suasana yang nyaman dan santai. Sedang Mak Ngah duduk2 itu, Mak Long pun telipon (dapat tahu kita berada dipantai Changi dari Nyai yang ketika itu dihantar keklinik oleh Mak Long dan Pak Long). Mereka pun hendak sama2 turun keChangi kerana Pak Long tidak bertugas pada hari itu. Mereka telah menghantar Nyai pulang dan mengambil Hanis dan Hana di AMK. Mereka tiba lebih kurang pukul 1.30 ptg. Setibanya diChangi, Hanis dan Hana tidak tunggu2 lagi lalu terus menuju ke pantai. Akram dan Sarah telah pun berada disana bermain pasir. Kak Ira yang dari mula tidak mahu mandi turut turun sama. Sementara itu Mak Long & Pak Long sama2 duduk2 dan baring2 di 'shelter'. Sambil itu kita berbincang dan bercadang untuk overnight disini pada Hari Keluarga akan datang. Untuk memeriahkan lagi suasana, Mak Ngah telah mengajak Bibik Wati agar sama2 turun kepantai kerana hari itu Bibik tidak jaga baby dan Asyraf perlu berendam setelah 'sunat' kedua kali.Bibik pun bersetuju untuk datang setelah memberitahu Cik Mimi dan menunggu Fadli pulang dari sekolah. Sementara itu 4 dara yang berendam hingga kembang terasa lapar dan naik untuk makan. Akram pula sudah 'surrender' dan terus pergi membersihkan diri bersama Pak Ngah. Sarah dan Kak Ira berkongsi nasi bungkus bersama Hana manakala Akram makan bersama Pak Ngah. Bibik Wati pula telipon dan akan sampai apabila Cik Mimi datang menjemput mereka. Pada mulanya kita hendak menyuruh Bibik membeli nasi bungkus tapi menukar fikiran apabila Pak Ngah terasa hendak minum teh panas. Pak Long dan Pak Ngah telah pergi membeli nasi bungkus dikedai makan berdekatan. Pulang dari kedai, apalagi, Mak Long dan Pak Long pun mula makan. Mula-mula fikir kongsi sebungkus cukup, akhirnya buka lagi sebungkus (agaknya makan ditepi pantai ini sedap atau kerana sudah lapar sangat?) Bibik sampai dekat pukul 5 petang, lengkap dengan kerusi lipat dan peralatan memancing. Terasa meriah, macam Hari Keluarga gitu. Memandangkan waktu sudah petang dan Mak Ngah sekeluarga perlu menaiki pengangkutan awam, kita pun mula mengemas dan pulang sekitar 5.30 petang. Kalau boleh Mak Ngah nak duduk lama2 disana tetapi apakan daya....... Mak Ngah dapat tahu Fadli dapat ikan pari hari itu. Disini ada Mak Ngah sertakan gambar2 yang telah diambil pada hari tersebut.    
|
|
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 25 Jun 2008 18:11 )
|
|
|
|
|
|
|
Muka 9 daripada 38 |
Copyright © 2010 Portal KHA @ mykeluarga.com. Hakcipta Terpelihara.
|
|
|