Home Blog

Kalendar KHA

Recent Events
View Full Calendar
Add New Event

Latest Comments

Blog @ mykeluarga.com
Sekitar Ramadan dan Iftar @ Bt Panjang - 21 Sep PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh pakusu   
Isnin, 22 September 2008 00:52

Asslamualaikum

Nari sudah masuk ke hari 22 kita berpuasa bahang raya sudah mula terasa. Pak Usu rasa semua sudah mula dengan persiapan masing2. Semoga persiapan yg dibuat berjalan dengan lancar. MInggu ini banyak yg telah berlaku. Hari Jumaat yg lepas Pak Usu telah membawa Nyai round2 kat bazar Geylang Serai, sebelum tu kami telah singgah sebentar di kedai utk membeli cat. Sayang sekali warna pilihan kami tidak ada stok, oleh itu kami terpaksa membuat pilihan warna yg lain. Selesau membeli cat kerana telah kesuntukan masa, kami langsung ke Brinda's utk berbuka puasa. Nyai memesan prata manakala Pak Usu dan UD memesan Onion Rawa.


Selesai berbuka kami ke Geylang. Utk kali pertamanya kami mula dari Joo Chiat Kompleks. Dari Joo Chiat kami ke Perkampungan Melayu. Kami sekadar tengok2 saja. kpda yg minat dengan kuih2 dari Raja kuih, tak payah nak ke City Plaza di sini pun ada. Banyak betul gerai2 yg menjual kuih muih raya dan kerepk2. Boleh lakuker?

Dari Perkapungan Melyau kami teruskan perjalann ke TKC, seperti tahun2 sebelumnya, di sini seperti dah menjdai tempat khusus utk yg menjual langsir dan kain kusyen banyak pilihan. Oh lagi satu trend kali ini ialah tikar yg dibuat dari buluh, beraneka corak dan harganya pun dalam jangkauan ada yg serendah $20 (di Joo Chiat Kompleks), tak tau pulak ler samada saiz aper atau kualitinya samada sama dengan yg dibeli langsung dari Malaysia.

Dari TKC kami ke bahagian bazar yg terletak di luar pejabat pos Paya Lebar dan pasar sementara Geylang. Kami berjalan  sebanayak satu pusingan kerana nak cuba cari gerai sedara kita, tapi mungkin kerana dah banyak sangat gerai di sana kami tidak berjumpa dengan gerai tersebut.  Kami kemudian berpetah balik ke kawasa Yokoso lama, kami berhenti rehat sebentar di luar Banquet kerana kami telah berjalan lebih sejam setengah tanpa rihat kalau adapun kami sekadar hilangkan haus dengan air sarang burung. Kami beralih ke teh tarik atas saranan UD utk minum air teh ais limau. Selepas itu kamu pun meninggalkan bazar utk pulang.

Apa yg dibeli?

Tahun ni kami tidak membeli sebarang mankanan Pak Usu hanya membeli smapul wang, VCD Kecoh2 Nak Raya dan CD Yeh Yeh Raya!.

Tentang CD Yeh Yeh Raya ni, Pak Usu rasa macam kena tipu gitu apakan tidak apa yg diiklankan di TV tidak seperti apa yg Pak Usu beli, mungkin Pak Usu tersalah beli atau tersalah tengok. Kalau sesiapa ada terjumpa cd ni kat mana2 tolong confitmkan.  Iklan yg kita nampak kat TV, Pak Usu lihat ada DJ Dave nyanyi lagu Menjelang Hari Raya. Anuar Zain ngan Elina, Saloma, Sharifah Aini dan ada bonus VCD karaoke kan? Bila Pak Usu ke Muzika Records kat Joo Chiat, dorang kata ada 2 version satu yg odio aja dan yg lagi satu versi karaoke. Pak Usu tanya, "Bukan bundle eh?" Jurujual kat situ kata bukan, dan oleh kerana dorang tak da stok yg odia aja, Pak Usu pun tak jadi beli. Pak Usu hanya beli CD odio kat gerai bazar di Perkampunagn Melayu. Bila pak Usu test kat rumah, ternyata hanya beberapa lagu saja yg dinyanyikan oleh penyanyi asal, boting seh!

 

Pada hari Sabtu, Cik Majid dan Wawan telah dengan sukarela dan baik hati menngecat rumah Tanglin. Cik Majid sungguh systematic  sekali dalam masa 7 jam mereka telah dapat abis mengecat dan mengeas dewan rumah Pak Usu. Alhamdulliah, raya tahun ini bertambah seri rumah Pak Usu. Sementara Cik Majid dan Wawan terus mengecat, Pak Usu dan Nyai telah ke Bussorah street. Kalau dah ke Bussorah Street, tak lain hanya untk dapatkan Yusof Bryani Dam. Terus terang, bazar Ramadan di Bussorah Street semacam sudah hilang keunikannya, yg banyak sekarang ialah nasi bryani, kebab, gerai yg menjual beraneka kuih sudah berkurangan. Lama kelamaan Bussorah street hanya akan menjadi tempat pencukup syarat saja bila masuk bulan Ramadhan. Sekarang pun dah ada yg menjual kereta disamping deretan gerai2 yg menjual juadah utk berbuka puasa. Seperti yg Pak Usu nytakan dengan kunjungan ke Bussorah street maka cukupkan kegiatan ke bazar Ramadan tahun ini.



Hari ini, hujung minggu ke 3 dalam bulan Ramadhan tahun ini dan hari ini kita semua telah berkumpul di rumah Cik Mimi utk beriftar. Bibik Wati telah siapkan nasi lemak, sementara yg lain ada membawa kwayteow goring, macaroni goring, epok2 pusar dari negti 9, agar2 dan yg menjadi juadah popular saban tahun dan yg "sought after" popiah basah. Selepas berbuka dan solat Maghtib, kami beramai2 menonton VCD Kecoh Kecoh Nak Raya. Malam ini, kali terakhir kita iftar beramai2 kerana minggu depan ibu2 semua akan betambah sibuk dengan persiapan hari raya.

Oklah setakat ini saja coretan utk sekitar Ramadahan tahun ini .. sampai kita berjumpar di hari ra? ........ ya

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 22 September 2008 00:58 )
 
Iftar @ Tanglin dan Sekitar Ramadhan - 13/14 Sep PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh pakusu   
Ahad, 14 September 2008 22:34

 

Asslamualaikum


Sahur-buka, sahur-buka dah nak masuk 15 hari kita berpuasa tak terasa masa berjalan begitu pantas. Tak lama lagi kita semua akan mula sibuk dengan persiapan utk berhari raya, tapi tang tu masih awal lagi utk Pak Usu ceritakan walaupun gitu pasti ada yg dah komplit dengan persiapan masing2.

Senmalan giliran Pak Usu dan Nyai menjadi tuan rumah utk majlis iftar KHA. Atas permintaan ramai Nyai telah sedialan juadah mi laksa yg bak bazar di geylang .. laku sei. Selain dari itu Nyai ada juga menyediakan cempedak goring. Pak Usu pula telah siapakan satu keluarga satu pek sup tulang siap dengan roti perancis utk dibawa pulang. Yg lain membawa makanan ringan seperi popiah, eppk2, gendang kasturi, dll. Famili Pak Ngah yg sentiasa dengan pelbagaian juadah telah menyedialan 2 jenis Sushi yg mengikut citarasa tekak orang Melayu. Suatu olahan yg baik sekali dan sugguh enak terutama yg diisi dengan sambal tumis. Boleh buat niaga.

Setelah berbuka dan solat Maghrib sambil bersantai kami menonto wayang gambar yg penuh dengan suspen. Kelakar juga melihat gelagat mereka2 yg terkesan dengan wayang gamabr ini. Mak Ngah, Iran,, Ramadan, Sarah dan Intan bermalam di rumah Pak usu kerana semalam Pak Ngah bertugas sebelah malam.

Nari sebelum mengahantar Mak Ngah pulang, kami telah ke bazar ramadhan di Jurong West. Dengan tujuan tak lain tak bukan utk membeli nasi ambeng yg power dari antara ambeng2 yg pernah Pak Usu beli sebelumnya. Ambeng di Woodlands tempoh hari tak boleh nak fight. Walaupun harga sebungkus ambeng yg dibungkus bersama daun pisang sudah naik 20 sen ke 5 dolar ia tetap berbaloi. Selain dari enak sebungkus boleh dikongsi 2 hingga 3 orang. Dengan kunjungan ke bazar ini Pak Usu masih tinggal bazar di Bussorah Street dan Geylang Serai yg perlu dikunhungi sebelum menutup tirau Ramadhan tahun ini.



Hari Ahad depan kami semua akan beriftar di rumah Cik Mimi.


 

Terakhir dikemaskini ( Ahad, 14 September 2008 22:43 )
 
games . PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh amalia   
Ahad, 07 September 2008 12:28
Baca Lagi...
 
Iftar @ CCK - 6 Sep PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh pakusu   
Sabtu, 06 September 2008 23:24

Assalamualaikum

 

Alhamdulllah kita sekeluarga dapat berkumpul sama2 beriftar di rumah Maman Nan sekalian menyambut majlis ulangtahun Amalia yg ke-12.

Seperti lazimnya, setiap keluarga akan menyiapkan atau membawa sekurang2nya satu juadah. Tuan rumah telah menyiapkan lontong lengkap dengan lauk lodeh, sambal tumis dan serunding.

Setelah bebuka, kami solat Margrib berjamaah diikuti pula dengan acara permainan yg turut disiapkan oleh tuan rumah. Gamat juga dibuatnya. Selain dari itu kami sempat bicarakan tentang atur cara utk jalan raya ke-2. Pak Usu telah syorkan yg kita berjalan pada hari minngu yg ke dua memandangkan ia bertepatan dengan ulang tahun Mak Long dan sunnguh  sesuai bagi nereka yg akan menyempurnakan ibadah puasa enam.

Seperkara lagi, kami juga telah tetapkan hari keluarga 2008 akan berlansung selama 2 hari. Perancangan awal, kepada yg betah akan berovernight di pantai Changi. Kami telah tetapka tarikhnya 13 dan 14 Disember ini juga bertepatan dengan hari ulantahun Nyai dan Hanis. Insya Allah perancangan kita tidak menemui apa2 hambatan.

Ok, Sabtu depan kita semua akan berkumpul di rumah Tanglin utk beriftar. Hmmmm ... nak ada games juag ke?

 
Batam Kontes PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh syahirah   
Sabtu, 06 September 2008 06:34
Baca Lagi...
 
«MulaSblm12345678910SeterusnyaTamat»

Muka 5 daripada 38
Banner
Copyright © 2010 Portal KHA @ mykeluarga.com. Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.
 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup