Home Blog

Kalendar KHA

Recent Events
View Full Calendar
Add New Event

Latest Comments

Blog @ mykeluarga.com
Laman kite telah digodam!!! PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Sabtu, 18 Oktober 2008 12:04
Assalamualaikum

Semalam Pak Usu dapat tahu yg laman kita telah bertukar wajah ke bahasa Turki, setelah Pak Usu teliti  dan analisa ternyata laman kita telah digodam. Pak Usu telah laporkan kejadian ini kepada penyedia khidmat. Mujur penggodam setakat mengusik muka depan laman kita dan semua isi kandung tidak terjejas. Selain dari harus ambil masa satu hari utk install semula software dan application2 yg lain, Pak Usu akan cuba restore semua user account. Sekiranya tidak boleh korang semua kena register semula. Sementara itu Pak Usu kan terus baik pulihkan laman kita.
Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 18 Oktober 2008 14:57 )
 
Jalan Raya Ke-2 - 12 Oktober PDF Cetak E-mail

Tags: Hari Raya 2008 | Syawal 1429H

Ditulis oleh pakusu   
Isnin, 13 Oktober 2008 20:09

AAssalamualaikum

Assalamualaikum

Alhamdulillah Semalam kami telah dapat menyempurnakan jalan raya ke-2 kami. Kami telah dalam masa 10 jam mengungjungi 11 buah rumah tidak termasuk rumah pembukaan dan rumah penutup.

Tahun ini kami semua berkumpul di rumah Cik Majid  (Woodlands Ave 1). Kami semua harus mula berada di sana pada jam 9 pagi kerana mengikut jadualnya kami semua harus bersiap sedia utk sesi pengambaran keluarga pada pukul 10.15 pagi.

Alhamdulillah, semua famili dapat berkumpul lebih awal oleh itu keadaan tidaklah sekelam kabut seperti tahun2 yg lepas. Oleh kerana kami mempunyai banyak masa, kami dapat mengambil banyak gambar famili dari yg serius kepada yg lucu.

Bas tiba lewat sedikit, kami hanya mula bertolak ke runah pertama pada pukul 11.20 pagi, perjalanan ke Sembawang Close hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit. Selain dari kuih2 raya, Nyai Leha dan Bibik Wiwit telah siapkan juadah nasi dengan lontong beserta sambal goring pengantin dan ayam masak ketumabar. Mengingatkan yg kami masih mempunyai lebih 10 buah rumah, kami setakat makan yg ala kadar saja, walaupun begitu masih ada yg bertambah you ... (jangan marah ya?)

Dari Sembawang Close, kami bertolak pula ke Yishun, ke rumah Nyai Tijah. Yayi Gani harus bertugas semalam. Agak kelam kabut dibuatnya Nyai Tijah sambil dibantu dua anak2nya. Kami lupa nak talipon dulu daaaah. Nyai Tijah telah menyiapkan hidangan carot cake ala2 Melayu kerana berlaianan dengan yg biasa dibeli dari Banquet, Carrot cake Nyai Tijah dimasak bersama sambal goring. Satu idea yg menjadi.

Seperti yg telah dijadualkan, rumah yg ke-3 adalah rumah Nyai Ngah dan Maman Jenal, di Sengkang. Pak Usu telah peruntukan lebih masa utk solat Zohor. Nyai Ngah telah menyiapkan hidangan laksa yg enak, lebih enak kalau chapati (plan asalnya Nyai Ngah) .. Smile . teringat zaman2 time kat Ang Mo Kio dulu .. kalo raya ke rumah Nyai Ngah pasti ada puri.

Dari Sengkang, kami langsung ke Hougang, ke rumah Yayi Wahid, Nyai Nora dan Yayi Rashid, Sesampai kami di sana kami diberitahu yg rumah Yayi Rashid telah mengalami sedikit musibah, pada mulanya kami sangka Yayi Wahid sekadar bergurau sahaja, tetapi kami lihat dan hidu sendiri baru lah kami dapat kepastiannya. Nyai Nribah telah terlupa dan meninggalkan telur yg sedang direbus di atas dapur apabila mereka keluar beraya, dan ia telah mengalibatkan seluruh dapur rumah Yayi Rashid diselubungi dengan asap hitam. Mujur ia semua dapat diatasi tanpa sebarang akibat yg lebih buruk lagi.

Dari sini kami terus ke rumah Nyai Eton dan Maman Yuslan. Ini adalah tahun akhir kami beraya di rumah ini, kerana menurut Maman Yuslan, mereka semua akan berpindah ke rumah di kawasan Bukit Panjang. Seperti lazimnya, Nyai Eton telah menyajikan nasi beryani.

Dari Hougang kami teruskan jalan raya ke kawasan timur Singapura. Oleh kerana sebab musabab yg leceh utk diterangkan, tahun lepas kami tidak kekawasan ini. Mula2 kami telah ke rumah Nyai Limah yg tinggal bersama anak dan cucu beliau. Setelah sekian lama, ini adalah kami ke dua kami berkunjung ke rumah ini. Kali pertama, waktu tuan rumah mengadakan rumah terbuka bersempena dengan acara "house warming". Dan atas sebab musabab yg terlalu kompleks utk diterangkan, anak2 semua tidak ikut sama berkunjung ke rumah Nyai Limah. Walau macam mana pun Alhamdulillah, Nyai Limah dalam keaddan ingat2 lupanya, masih menitipi wang raya utk cucu2 sedaranya. Setelah berada di sana selama lebih 10 minit kami meminta diri utk ke rumah Bibik Naumi yg terletak tidak jauh dari rumah Nyai Limah.

Bibik Naumi sungguh gembira sekali menerima kedatangan kami. Rumah Bibik Naumi, adalah rumah perhentian utk kami kerjakan solat Asar. Di sini kami telah dihidangkan dengan roti perancis yg dicecah bersama lauk kari ayam. Dari rumah Bibik Naumi, kami ke kawasan perumahan Pasir Ris, kali ini selain dari kunjungan hari raya ianya juga utk menziarahi Yayi Subari (adik Arwah Yayi) yg sudah dikaakan uzur. Kali terakhir Pak Usu ke rumah Yayi Subari ialah kira2 3 tahun yg lepas, itupun dengan mengikut Pak Long jalan raya. Sudah sekian lama kami tidak ke sini secara satu keluarga besar KHA kerana sering kali kami "tersalah langkah". Alhamdulillah, dapat juga kami menziarahi Yayi Subari kali ini, sebak juga apabila melihatkan wajah Yayi Subari yg dalam keuzurannya sungguh mirip sekali dengan wajah Arwah Yayi.

Dari rumah Yayi Subari, kami terus ke rumah Yayi Sujari (adik kembarnya Yayi Subari) di kawasan Old Airport. Mengikut jadual, kami sudah terlewat satu rumah kerana kami sepatutnya sudah berada di kawasan barat Singapura. Oleh kerana sudah waktu solat Maghrib, kami kerjakan solat dulu. Setelah itu, kam duduk bersembanig bersama Yayi Sujari. Oleh kerna sudah sampai waktunya, kami harus minta diri utk ke rumah seterusnya.

Dari rumah Yayi Sujari, kami langsung ke Jurong West, rumah Bibik Chinta dan Maman Abbas. Bibik Chinta telah menyiaplam hidangan gado2 dan spageti. oleh kerana kami tiba lewat, yg ada hanya setakat belen2 saja kerana menurut mereka semalam mereka telah dikunjungi tamu yg tidak dijangka. Korek2tan Korek2tan ler janji rezki. Perut dah lapar makan aja. Toksah fikir2.

Sepatutnya kami ada 3 buah rumah lagi utk dikunjungi tetapi memandangkan tuan rumnahnya tak ada kami penendikkan acara jalan raya ke-2 kami dan terus ke rumah penutup, rumah Maman Nan. Sudah menjadi kelaziman, di rumah penutup adalah masanya utk tentukan aturcara jalan raya ke-2 utk tahun berikutnya. Setelah undian dibuat, tahun depan Insya Allah kami akan berkumpul di rumah Pak Long dan akhiri jalan raya ke-2 tahun 2009 samada di rumah Cik Majid atau rumah Pak Ngah.

Tahun ini, walaupun banyak famil sebelah Arwah Yayi yg tidak berkunjung ke rumah Tanglin utk beraya bersama Nyai, kami tetap peruntukan masa utk berhari raya ke rumah mereka. Yalah tujuan kami bukanlah apa, sebagai satu unit keluarga (KHA) kami bertanggung jawab menjaga nama baik Yayi dan Nyai, kami akan terus menjalinkan persaudaraan yg ada. Kami akan terus berkunjung ke runah mereka, selagi mana kehadiran kami masih dialu2kan. Kalau tidak kirim salam sahajaler jawabnya.

Ok, sampai kita berjumpa di rumah Pak Long hari Jumaat nanti. Yang dah transfer foto raya tu janagn lupa pass kat Pak Usu.

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 21 Oktober 2008 16:19 )
 
1 Syawal 1429 - 1 Oktober PDF Cetak E-mail

Tags: Hari Raya 2008 | Syawal 1429H

Ditulis oleh pakusu   
Sabtu, 04 Oktober 2008 14:17

Assalamualaikum

Nari dah masuk hari ke 4 dalam bulan Syawal 1429H, selain dari kuih2 serta juadah yg terhidang tidak terasa kemeriahan hari raya yg sering kita rasakan bila time hari raya. Makumlah tahun ini raya jatuh pada musim peperiksaan penggal akhir dan juga inilah saat2 genting bagi anak2 yg memduduki peperiksaan PSLE. N dan O Level, kepada mereka semua Pak Usu doakan kecemerlangan utk semua. Oleh kerana itu juga Pak Usu belum berkesempatan mengungjumgi keluarga yg lebih senior utk berhari raya

Anak2 kuranglah dapat duit collection agaknya pasal tak banyak rumah yg dikunjungi. Cakap pasal duit raya ni, macam2 kerenah yg kita saksikan. Yang memberi harus ikhlas dan yg menerima harus bersyukur dan berterima kasih. Kalau pada Pak Usu lah, kalau tak ikhlas toksah nak kasi. Kalau tak mampu pun toksah nak kasi. Selain dari utl menggembirakan anak2 yg datang berkunjung, duit raya yg terkumpul boleh juga digunakan utk menamabh duit belanja sekolah atau sebagainya. Kpda anak2 yg dapat duit raya tu, berhematlah ya.

Alhamdullilah tahun ini, Nyai telah dapat menyempurnakan persiapan masak memasak lebih awal dari biasa. Terima kasih kepada Bibik Wati dan famili yg telah membantu dari memadak, memsang langsir, sarong sofa, mengisi kuih ke dalam balang dll. Kalau tidak kelam kabut dibuatnya.

Pada raya pertama, tetamu yg datang tidak seawal tahun2 sebelumnya. Malah ada yg biasanya datang pada raya pertama tidak kunjung tiba. Kalau ini menjdai trend lama kelamaan semangkin lambatlah kitaorang mula berjalan raya. Pak Usu rasa  raya tetap raya, tapi kita semua mesti lebih berdisplin utk menjaga waktu agar keterbatasan waktu dapat dipergunakan dengan sebaik2nya. Kita semua harus paham ada tuan rumah yg menanti dan menunggu kehadiran kita. Sekiranya sudah ada jadual perjalanan yg telah disediakan lebih awal, sekurang2nya kita dapat beritahu tuan tumah bila kita akan sampai.

Tahun ini raya pertama kita masih tetap ada 4 rumah wajib yg perlu kita kunjungi. Rumah pertama ialah rumah Yot Kanchil, sekali lagi kita tersasar jalan. Di rumah ni Pak Usu telah khususkan selama 30 minit. Dari Flora Road, kita terus ke rumah Yot Nim yg terletak di kawasan Sengkang. Yot Nim adalah yang termuda dalam keluaga Allahyarham Yot Sapuan (bapaknya Nyai) Ini mungkin kali pertama kita datang betandang raya ke rtumah Yot Nim, kalau adapun yg kali terakhir mungkin sudah begitu lama sekali sampai Bibik Wati tersalah rumah. Oleh kerana bila kita sampai sudah masuk waktu Maghrib maka Pak Usu khususkan 1 jam utk kita semua kerjakan solat. Tuan rumah begitu gembira sekali kerana jarang sekali beliau menerima tetamu yg sebegini ramai pada satu2 masa  terutama pada raya pertama.

Dari Sengkang kita ke rumah Yot Kok, drebar bas telah tersasar jalan mujur Pak Usu ada alat GPS utk memberi  panduan arah jalan. Oleh kerana tak ada ramai tanu, Pak Long sempat membuka sidang perbincangan mengenai cara Pak Ngah merebus ketupat dan membuat lepat, kelakar serta gamat dibuatnya. Sekali sekala berkumpul dan gelak ketawa bak kata orang Indo sungguh seru serta asik sekali.

Rumah terakhir yg kita kunjungi ialah rumah Yot Sah. Kalau dah ke sini makanan yg menjadi favorit adalah nasi beryani, bak kata budak2 kat sini lontong ketupat tak main. Famili kita sapu bersih nasi beryani yg menurut tuan rumah yg dimasak sebanyak 2 periuk. Ini lah kalau dah power gerenti kalau lambat tak merasa jawabnya. errrr .. betul ke tahun depan first house rumah Yot Sah?

Ok, utk jalan raya ke 2 pada 12 Oltober nanti Pak Usu telah siapkan jadual perjalanan, sekiranya takda permintaan dari tuan rumah kita akan ikut jadual yg Pak Usu syorkan. Insya Allah kita kan dapat komplit jalan raya ini dalam masa 10 jam.

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 21 Oktober 2008 17:11 )
 
Belanja Sakan di Johor - 080928 PDF Cetak E-mail

Tags: Johor | Ramadhan

Ditulis oleh pakusu   
Isnin, 29 September 2008 13:51
Assalamualaikum

Semalam seperti yg telah dirancangkan Pak Usu, Nyai, Mak Ngah, Mak Encha dan Cik Majid telah ke Johor utk beli belah saat saat akhir sebelum menjelangnya Hari Raya. Kami mula bertolak ke pusat imigresen link kedua seawal 7.30 pagi. Alhamdullilah tidak ada kesesakan yg berlaku dan kami dapat melewati kastam tanpa apa2 masalah.

Stop yg pertama ialah Perindustrian Zainab di Komplek IKS, Simpang Renggam. Selain dari itu terdapat beberapa buah tenda yg menjual kuih2 serta keperluan raya yg lain. Oleh kerana kami akan ke pembekal kuih yg lain, kami sekadar beli apa yg kami rasa patut.

Stop kedua ialah Azhar Food Supplier yg terletak di kawasan Rengit, ini adalah kali kedua Pak Usu  ke sini. Sesampai kami di sini sudah ada deretan kereta di luar AFS. Di dalamnya pula padat dengan pengunjung2 yg juga sedang rancak membeli bermacam-macam kuih2 raya, kerepek2, manisan, jeruk dan sbg. Berbakul2, rasa puas terpancar di wajah setiap pembeli sungguh berbaloi kerana harga baranagn di AFS lebih murah dan pelbagai.

Dari Rengit, kami berpatah balik ke JB, oleh kerana Pasar Borong Pandan belum beroperasi kami telah ke pasar S-Mart yg tidak kurang rancaknya. Mak Ngah membeli 2 keping hambar yg berukuran agak besar dengan harga hanya RM38 saje!! Nyai. Mak Ngah dan Mak Encha turut membeli bahan utk masakan lauk raya serta barang2 dapur yg lain.

Setelah itu kami telah ke rumah Neneknya Intan utk solat Zohor serta rihat seketika. Dari situ kami langsung bertolak pulang melalui pusat imigresen Woodlands.

Berikut adalah gambar2 yg sempat Pak Usu ambil.

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 21 Oktober 2008 18:59 )
 
Batam PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hanis   
Isnin, 22 September 2008 21:20
Baca Lagi...
 
«MulaSblm12345678910SeterusnyaTamat»

Muka 4 daripada 38
Banner
Copyright © 2010 Portal KHA @ mykeluarga.com. Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.
 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup