|
Hari Peperiksaan Tengah Tahun... |
|
|
|
|
Ditulis oleh Zulyanash
|
|
Isnin, 21 Mei 2007 17:47 |
|
Kedengaran betapa bisingnya kelas sambil menunggu guru tiba. Ada yang bermain dan ada juga yang sedang mengulang kaji untuk peperiksaan nanti. Apabila guru memasuki kelas dengan kertas peperiksaan, hatiku berdegap-degup. Mungkinkah kertas itu sukar atau senang? Itulah soalan yang sering memasuki fikiranku.
Aku rasa takut tetapi di masa yang sama, aku rasa yakin. Aku menjawab soalan-soalan dengan penuh konsentrasi. Akhirnya waktu untuk pulang.
Beberapa hari berlalu, tibalah masanya untuk aku menduduki peperiksaan subjek 'Art & Craft'. Begitu ghairah rasanya. Tidak pernah aku menduduki peperiksaan subjek 'Art & Craft'. Tiga puluh minit telah berlalu dan sudah habis kerjaku untuk melukis gambaran suasana. Masanya untuk ku mewarnakannya dengan cat yang disediakan. Apabila waktu pulang, hati berasa lega kerana peperiksaan tengah tahun sudah habis. Sekarang aku hanya menunggukan keputusannya...
Terima kasih...
(Yana )
|
|
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 30 Disember 2007 04:53 )
|
Copyright © 2010 Portal KHA @ mykeluarga.com. Hakcipta Terpelihara.
|
|
|