Home Blog Riviu - Catching Adam Cheng

Kalendar KHA

Recent Events
View Full Calendar
Add New Event

Latest Comments

Riviu - Catching Adam Cheng PDF Cetak E-mail

Tags: Riviu | Teater

Ditulis oleh pakusu   
Ahad, 23 November 2008 08:59

Assalamualaikum

img: Catching Adam ChengSemalam buat pertama kalinya Pak Usu telahmenyaksikan sebuah pementasana teater. Pementasan teater yg diberi nama "Catching Adam Cheng" ini telah diterbitkan oleh Action Theatre. Kalauler bukan kerana penulisnya adalah seorang kenalan Pak Usu takler Pak Usu keluarkan biaya utk membeli tiket yg berharga $35. Selama ini Pak Usu tak berminat langsung utk saksikan pementasan teater. Mungkin bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Setelah menyaksikan pementasan ini, kini sudah timbul minat utk menyaksikan pementasan yg lain, jika ada kesempatan.


"Catching Adam Cheng" mengisahkan pergolakan 4 warga mapan yg tinggal di subhan rumah tumpangan utk warga tua. 4 watak ini iaitu Victoria, Bee Choo, Swee Lin and Peng Peng, masing2 memnpunyai sebab musabab tersendiri mereka berada di situ. Disebabkan rasa bosan dan terkokong tinggal di rumah tumpangan tersebut terutama sekali dengan sikap penyelia rumah tumpangan yg bengis itu, mereka berpakat utk cuba melarikan diti utk menyaksikan satu pertunjukan oleh lagenda Adam Cheng di Esplanade. Atas sebab2 tertentu, semua kecuali Peng2 yg tinggal di situ kerana tidak mahu mengikut anaknya menetap di Kanada, yg sungguh bersemangat utk cuba larikan diri.
Swee Lin yg baru beberapa hari berada di situlah yg menjadi dalang membuat segala perancangan utk melarikan diri. Bee Choo pula seorang yg sudah agak nyanyuk kerap mengingati anak perempunya yg mempunyai berniagaan restoran, sungguh ghairah sekali kerana beliau bakal menemui anaknya yg sudah lama tidak ketemu. Victoria pula seorang wanita yg berpendidikan yg walaupun mempunyai ramai teman lelaki tidak dapat menerima mereka sebagai pengganti suaminya yg sudah meninggal. Beliau turut ghairah kerana akan dapat menemui idolanya, Adam Cheng.

Peng2 cuba memberi seribu macam alasan utk tidak ikut mereka dan nmelarang teman2nya dari meneruskan niat mereka. Beliau turut khuatir jika ketahuan, mereka semua akan dilarang pulang semula ke rumah tersebut. Utk gagalkan segala usaga teman2nya, Peng2 mengugut akan beritahu penyelia yg bengis itu.

Utk menghalang Peng2 dari membocorkan rahsia, tanpa disedari, mereka bertiga telah memperdayakan Peng2 utk mengikuti mereka lari dari rumah tersebut. Mereka bertiga sungguh gembira apabila perancangan Swee Lin berjaya meloloskan mereka dari rumah itu. Walaupun begitu, mereka tidak putus2 berhadapan dengan hambatan dan pertelingkahan sesama mereke dek perselisihan pahan dan ketegasan Peng2 utk tidak menyaksikan pertunjukan Adam Cheng dan usaha beliau utk menggagalakn rancangan mereka.

Pada pemdapat Pak Usu, ini adalah satu pementasan yg baik. Walaupun ia membawa mesej yg sememangnya lumrah seperti perasan isteri yg ditinggalkan atau kehilangan suami, perasaan ibu yg ditinggalkan anak dan masa2 menharungi usia tua tanpa orang yg suatu masa menjadi pendamping dan buah hati kita. Walaupun ia penuh humor dengan cara lakonan yg baik, terdapat juga babak2 yg menyentuh perasaan. Apabila salah seorang dari mereka  bertemu dengan anaknya semula.

Apakah hambatan2 yg mereka tempuhi, dapatkan Peng2 menggagalkan rancangan mereka, adakah rahsia disebalik semua ini. Dapatkah mereka bertemu dengan idola mereka. Banyak lagi perkara, rahsia dan persoalan  yg akan terkupas dalam pementasan yg ambil masa hampir 2 jam ini.

Komen
Carian
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 24 November 2008 08:24 )
 
Banner
Copyright © 2010 Portal KHA @ mykeluarga.com. Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.
 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup