|
Jalan2 Balik Kampung - Update 3 |
|
|
|
Tags: Balik Kampung | Johor | Wisata
|
Ditulis oleh pakusu
|
|
Rabu, 19 November 2008 11:00 |
|
Assalamualaikum

Pak Usu harap korang semua ada fikirkan plan B, sekiranya cuaca tidak mengizinkan utk kitorang jalan2 balik kampung ke rumah Maktok. Walau macammanapun,sama2 lah kitorang semua berdoa agar hasrat kitorang semua diizinkan Allah.
Ok, utk tidak mematahkan semangat mereka yg sudah sejak awal2 ghairah utk balik kampung. Pak Usu telah siapkan atur caranya.
7 pagi - semua sudah mula bertolak ke Sri Gading
8.30 pagi - Sekiranya perjalanan OK, semua sudah melewati pitnu keluar tol Air Hitam
9 pagi - sekiranya takda yg sesat, semua sudah dijadualkan berada di rumah Maktok utk get ready sarapan Nasi Lemak Maktok Selepas bersarapan sampai menunngu waktu Zohor dan makan tengah hari, korang semua free utk bersembang atau ronda2 keliling kampung.
12 tgh - Makan tengah hari diikuti dengan solat jamak Zohor/Asar.
2 Ptg - bertolsk ke Zenxin Organic Farm (50 min) Bergantung kepada apa yg ada di sana. Kitorang akan berada di sinii selama kurang sejam.
3.50 ptg - bertolak ke Stesen Kretapi Kluang utk minum petang (6 min). Kafe di sini terkenal dengan air kopi dan roti kayanya. Air kopinya dikatakan terbaik di Malaysia kerana ia menggunakan seratus peratus biji kopi yg dipanngang tanpa dicampur dengan bahan2 lain. Kalo ada yg kekurang boleh beli serbuk kopinya buat balik.
4.30 ptg - bertolak ke Rengit. Perjalalan ke Rengit akan ambil masa 1 jam. Kitorang ada lebih 1 jam utk bebelanja di Azhar Food Supplier
6.30 ptg - Kitaorang akan bertolak ke Carrefour Batu Pahat Perjalanan ke Carrefour, Batu Pahat akan mengambil masala lebih setengah jam. Sesampai di Carrefour, yg nak solat Maghrib boleh teruskan solat, yg nak berbelanja teruskan belanja.
Apa yg perlu diingat ialah masa perniagaan tempat2 yg hendak kita kunjungi:
Zenxin Organic Park dari 9 pg hingga 9 mlm Kafe Stesen Kretapi Kluang dari 2 ptg hingg 6 ptg (minum ptg) Azhar Food Supplier dibuka selewat2nya sampai pukul 6.30 ptg atau 7 mlm utk hari2 hujung minggu.
Untk makluman Maman Nan dan Cik Ina, kitorang semua tidak akan berbalik ke kampung selepas berbelanja di Carrefour.
Kepada yg lain, terpulang dengan aturcara masing2, nak sambung shopping kat JB atau terus balik ke Singapura.
Aturcara ini taklah muktamad, kalo sape2 yg ada cadangan lain sila usulkan.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 19 November 2008 11:10 )
|
Copyright © 2010 Portal KHA @ mykeluarga.com. Hakcipta Terpelihara.
|
|
|