Kepada yg sering2 ke Tampines mungkin sudah lazim dengan kawasan ini, tapi pada kita yg tinggal di kawasan sebelah barat, selatan atau utara dan tidak mempunyai ramai kenalan di sana mungkin jarang2 ke kawasan Tanpines. Setelah mendapat tahu melalui blog makanan Halal, Pak Usu dan UD semalam telah ke sana utk makan malam sakalian tarpaukan Nyai sekali.
Kami telah ke Rasa 21 di blok 201D Tampiness St 11. Rasa 21 adalah lagi satu kedai kopi yg keseluruhannya menjual makanan2 Halal. Di sini terdapat perbagaian jenis makanan dari Melayu, Cina, India, Barat dsbg. Secara ringkas pasti dpat memenuhi citarasa setiap ahli keluarga. Pak Usu pernah lihat prata yg dibuat oleh ong pompuan dan Pak Usu pun pernah lihat prata yg dubuat oleh ong Cina. Tapi kalau nak try prata yg dibuat ong pompuan Cina, di sini lah tempatnya.
Tujuan Pak Usu dan UD, jauh2 datang ke sini utk makan adalah kerana Pak Usu dapat tahu yg di sini ada terdapat kedai makanan laut Cina yg boleh dikataklan antara yg famous kat Singapura. Ia mempunyai beberapa buah cawangan di serata Singapura tetapi ini adalah satu2nya yg Halal. Ia dimiliki oleh Kim's Seafood yg sudah lama bertapak di kawasan Joo Chiat. Utk tidak mengelirukan, cawangnya yg Halal diberi sedikit sentuhan Melayu dan dipanggil Warong Kim's Seafood. Apa yg buat Pak Usu tertarik utk ke sini, kerana bukan saja ong kita yg kata, ong Cina yg tak perasan yg cawangan inimenyediakan masakan Halal pun turut beri pengintirafan masing2.
Satu perkara yg menarik ialah, Warong Kim's menggunakan konsep layan diri seperti di hospital. Pelanggan beratur, buat pesanan dan bayar. Pelanggan kemudian akan diberikan nombor giliran. Bila pesanan sudah siap dimasak, nombar giliran si pelanngan akan terpancar di papan tanda elektronik.
Semalam Pak Usu dan UD memesan sepinggan Oyster Prawn Mee (must try), Seafood Fried Rice dan Taugeh Seaffod Goreng Sambal. Harga makanan di sini sunnguh berpatutan dan porsinya agak besar. Mereka tidak lokek dengan bahan2 seafoodnya. Sepinggan nasi goring boleh dikongsi 2 atau 3 orang. Oleh itu kami sudah maklum apa yg haru dilakukan sekiranya kami datang ke sini lagi. Selain dari beraneka mi dan nasi, di sini juga terdapat beraneka masakan laut yg tampak sungguh menyelerakan. Insya Allah, Pak Usu akan ke sini lagi. Siap nak ikut?