Home Blog

Kalendar KHA

Recent Events
View Full Calendar
Add New Event

Latest Comments

Blog @ mykeluarga.com
Berhujung minggu di Melaka bersama Nyai - 20 Dis PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh pakusu   
Selasa, 23 Disember 2008 09:47
Assalamualaikum

Sabtu kelmarin Pak Usu dan Nyai telah mengikuti UD balik ke Melaka. Kitorang sebenarnya menemani UD yg perlu membawa pulang hadiah2 hari Natal yg telah beliau belikan utk familinya. Kitotang keluar rumah seawal 7 pagi dan sekadar bersarapan kuih pau di dalam kereta saja. Memandangkan kitorang hanya akan bermalam utk satu malam saja, kitorang buatlah perancangan kleuar rumah awal supaya kitorang dapat sampai di Melaka awal dan dapat melakukan sebanyak aktiviti yg mungkin.
Walaupun kitorang keluar sebegitu awal, kitorang dikejutkan oleh kesesakan jalanraya yg begitu panjang sekali di Tuas. Kitorang terkandas hampir 4 jam hanya utk melepasi imigresen bahagian Singapura dan hampir sejam lagi utk melepasi bahagian Johor. Ditambah pula dengan kesesakan jalanraya di bandar Melaka, kitorang sampai di Hotel Equatorial sekitar jam 2 lebih, perjalanan yg ambil masa 7 jam!!! . Satu perkara yg kitorang tidak akan bakal tempuh lagi kecuali kesesakan jalan menuju ke kedua2 pusat imigresen ini dapat diatasi.
Oleh kerana, bilik hotel kitorang belum siap, Pak Usu dan Nyai ke Dataran Pahlawan Mall utk cari makan tengahari. Dataran Pahlawan Mall adalah pusat beli belah yg terbesar di bahagian Selatan Malaysia, ia menempatkan sebuah kawasan bazar warisan dan hypermart Carrefiour. Memandangkan kitorang sudah kesuntukan waktu, setelah makan kitorang langsung ke bazar warisan utk mencari buah tangan. Tak banyak yg  kitorang belanjakan, Nyai hanya beli belacan utk dibagi2kan nanti time xmas.
Kitorang balik ke hotel dan rihat sekejap sementara menunggu UD menjemput kitorang utk singgah ke rumahnya yg baru saja mejalani ubah elok. Wah! kelihatan lebih gah dari sebelumnya. Pak Usu dan Nyai dibawa melihat2 ubah elok yg telah dibuat. Setelah itu kitorang besantai dibahagian luar rumah sambil menhirup air asam yg dibuat hangat. Angin petang sunnguh menyamankan sekali seperti berada di sebuah resort.
Setelah duduk2 berbual dengan emaknya UD, kitorang semua pun beredar urk makan malam di salah sebuah restoran makanan Nyonya.
Keesukan harinya, setelah checkout dari hitel, kitorang ke pusal beli belah Tesco. Kitorang bersarpan di sebuah cawangan Kluang Station, sayangnya mereka tidak jual serbuk kopi Stesen Kluang dalam bentuk uncang. Kalo kepingin, terpaksalah kirim dari mereka yg nak ke Kluang. Setelah bersarapan Nasi Lemak dan Laksa, kitorang langsung ke pasar raya Tesco utk mencari buah tangan yg bakal kitorang bawak ke acara bbq Nyai Nora. Oh! ya! kpda yg nak cuba dapatkan gazebo seperti yg Pak Usu punya, kat Tesco ader jual pada harga RM65. Kitorang tak banyak belanja, pasal Nyai dah terasa nak melabur sangat. Kitorang mula bertolak balik ke Singapura dalalm pukul 11.30 pagi dan selamt sampai sekitar jam 2 lebih.
 
Jalan2 Balik Kampung - Update 4 PDF Cetak E-mail

Tags: Balik Kampung | Johor | Wisata

Ditulis oleh pakusu   
Selasa, 25 November 2008 13:41

Assalamualaikum

 

Dikemaskini - Oleh kerana tersalah alamat, sorry eh, Pak Usu kena buat beberapa perubahan pada aturcara yg asal. Pak Usu pasti yg ini adalah yg terakhir, walau macam mana pun, ia mempunyai dua pilihan iaitu plan A atau plan B. Secara ringkas:

 

2.00 ptg - bertolak ke Azhar Food Supplier

3.30 ptg - bertolak ke Zenxin Organic Park

5.00 prtg - bertolak ke Stesen Kretapi Kluang

6.00 ptg - bertolak ke Taman Lian Seng

Plan A:


6.40 ptg - bertolak ke Taman Muhibbah

7.20 mlm - Giant, Taman Intan

Plan B:


6.40 ptg - ke Giant, Kluang Parede

7.40 mlm - ke Taman Muhibbah atau sebagainya

Pak Usu ada sertakan peta dan arah jalan utk memberikan bayangan yg lebih jelas.


Peta dan arah jalan utk plan A

Peta dan arah jalan utk plan B

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 26 November 2008 17:34 )
Baca Lagi...
 
Hari Keluarga - Sneak Preview PDF Cetak E-mail

Tags: Hari Keluarga 2008

Ditulis oleh pakusu   
Isnin, 24 November 2008 12:27

Assalamualaikum

Dikemaskini:
Pak Usu harap korang semua telah enjoyz dan berpuas hati dengan semua kegiatan yg telah Pak Usu aturkan waktu jalan2 balik kampung kelmarin.

Sekarang, sudah tiba masanya utk buat persiapan acara Hari Keluarga yg tinggal kurang 2 minggu lagi. Seperti yg sudah2, Pak Usu harap korang akan sama2 jayakan acrara tahunan ini terutama sekali persiapan utk MyKeluarga Got Talent. Utk makluman korang semua, Pak Usu ada acara BBQ lain dekat pantai Changi pada 13hb nanti yg dianjurkan oleh opis Pak Usu, walau mcam manapun berikut adalah atur cara utk Hari Keluarga 2008.

Semua ahli KHA sudah siap berkumpul di kawasan BBQ sebelum pukul 3 ptg, kecuali mereka yg dirugaskan utk chop tempat.

Sabtu, 13 Dis
Air pasang - 10.35 pg (3.2 M)
4.30 ptg - Siap untuk berBBQ
5.00 ptg - Kehadiran tetamu
6.30 ptg - Acara MyKeluarga Got Talent

- Cik Mimi & family
- Maman Nan & family
- Pak Long & family
- Pak Ngah & family
- Cik Majid & family

7.00 mlm - Rehat/Santai/Santap/Solat Maghrib
8.00 mlm - Acara potong kek dan bergambar ramai2
8.30 mlm - Acara cabutan bertuah

Ahad, 14 Dis
Air pasang - 11.22 pg (3.2 M)
8.00 pg - Sarapan
9.30 pg - Permainan 1 (Akhir Kata)
10.00 pg - Permainan 2
10.30 pg - Permainan 3
11.00 pg - Santai
1.00 ptg - Zohor/makan tengahari
2.30 ptg - Permainan 4
3.00 ptg - Permainan 5
3.30 ptg - berkemas
4.30 ptg - Pembahagian hadiah dan bergambar beramai2
5.30 ptg - Bersurai, tamat acara

Senarai hadiah2 yg bakal dimenangi (tidak mengikut susunan nilai)  

1. Voucher makanam
2. Voucher beli belah
3. Perkakas dapur
4. Boardgames
5. Jam tangan
6. Alat pemain DVD dll.

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 29 Disember 2008 07:16 )
 
Riviu - Catching Adam Cheng PDF Cetak E-mail

Tags: Riviu | Teater

Ditulis oleh pakusu   
Ahad, 23 November 2008 08:59

Assalamualaikum

img: Catching Adam ChengSemalam buat pertama kalinya Pak Usu telahmenyaksikan sebuah pementasana teater. Pementasan teater yg diberi nama "Catching Adam Cheng" ini telah diterbitkan oleh Action Theatre. Kalauler bukan kerana penulisnya adalah seorang kenalan Pak Usu takler Pak Usu keluarkan biaya utk membeli tiket yg berharga $35. Selama ini Pak Usu tak berminat langsung utk saksikan pementasan teater. Mungkin bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Setelah menyaksikan pementasan ini, kini sudah timbul minat utk menyaksikan pementasan yg lain, jika ada kesempatan.


"Catching Adam Cheng" mengisahkan pergolakan 4 warga mapan yg tinggal di subhan rumah tumpangan utk warga tua. 4 watak ini iaitu Victoria, Bee Choo, Swee Lin and Peng Peng, masing2 memnpunyai sebab musabab tersendiri mereka berada di situ. Disebabkan rasa bosan dan terkokong tinggal di rumah tumpangan tersebut terutama sekali dengan sikap penyelia rumah tumpangan yg bengis itu, mereka berpakat utk cuba melarikan diti utk menyaksikan satu pertunjukan oleh lagenda Adam Cheng di Esplanade. Atas sebab2 tertentu, semua kecuali Peng2 yg tinggal di situ kerana tidak mahu mengikut anaknya menetap di Kanada, yg sungguh bersemangat utk cuba larikan diri.
Swee Lin yg baru beberapa hari berada di situlah yg menjadi dalang membuat segala perancangan utk melarikan diri. Bee Choo pula seorang yg sudah agak nyanyuk kerap mengingati anak perempunya yg mempunyai berniagaan restoran, sungguh ghairah sekali kerana beliau bakal menemui anaknya yg sudah lama tidak ketemu. Victoria pula seorang wanita yg berpendidikan yg walaupun mempunyai ramai teman lelaki tidak dapat menerima mereka sebagai pengganti suaminya yg sudah meninggal. Beliau turut ghairah kerana akan dapat menemui idolanya, Adam Cheng.

Peng2 cuba memberi seribu macam alasan utk tidak ikut mereka dan nmelarang teman2nya dari meneruskan niat mereka. Beliau turut khuatir jika ketahuan, mereka semua akan dilarang pulang semula ke rumah tersebut. Utk gagalkan segala usaga teman2nya, Peng2 mengugut akan beritahu penyelia yg bengis itu.

Utk menghalang Peng2 dari membocorkan rahsia, tanpa disedari, mereka bertiga telah memperdayakan Peng2 utk mengikuti mereka lari dari rumah tersebut. Mereka bertiga sungguh gembira apabila perancangan Swee Lin berjaya meloloskan mereka dari rumah itu. Walaupun begitu, mereka tidak putus2 berhadapan dengan hambatan dan pertelingkahan sesama mereke dek perselisihan pahan dan ketegasan Peng2 utk tidak menyaksikan pertunjukan Adam Cheng dan usaha beliau utk menggagalakn rancangan mereka.

Pada pemdapat Pak Usu, ini adalah satu pementasan yg baik. Walaupun ia membawa mesej yg sememangnya lumrah seperti perasan isteri yg ditinggalkan atau kehilangan suami, perasaan ibu yg ditinggalkan anak dan masa2 menharungi usia tua tanpa orang yg suatu masa menjadi pendamping dan buah hati kita. Walaupun ia penuh humor dengan cara lakonan yg baik, terdapat juga babak2 yg menyentuh perasaan. Apabila salah seorang dari mereka  bertemu dengan anaknya semula.

Apakah hambatan2 yg mereka tempuhi, dapatkan Peng2 menggagalkan rancangan mereka, adakah rahsia disebalik semua ini. Dapatkah mereka bertemu dengan idola mereka. Banyak lagi perkara, rahsia dan persoalan  yg akan terkupas dalam pementasan yg ambil masa hampir 2 jam ini.

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 24 November 2008 08:24 )
 
Dedikasi Warna - 081120 PDF Cetak E-mail

Tags: Dedikasi Warna

Ditulis oleh pakusu   
Khamis, 20 November 2008 12:22

Assalamualaikum

 

Dedikasi khas utk Ramadan, Sarah, Amalia dan Ashraf. Semoga maju jaya.

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 20 November 2008 12:49 )
 
«MulaSblm12345678910SeterusnyaTamat»

Muka 1 daripada 38
Banner
Copyright © 2010 Portal KHA @ mykeluarga.com. Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.
 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup