Home Home

Kalendar KHA

Recent Events
View Full Calendar
Add New Event

Latest Comments

Jalan2 Ke Batam - The Aftermath PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh pakusu   
Selasa, 26 Ogos 2008 18:40
Assalamualaikum

Alhamdullilah acara berjalan sambil membeli belah se hari di Batam telah berjalan dengan sempurna, walaupun terdapat sedikit kegenjotan yg mendatangkan rasa panik.

Ini adalah kali pertama Pak Usu ke Batam, banyak yg telah Pak Usu dengar tentang destinasi yg menjadi salah satu tumpuan rakyat Singapura. Kali pertama pergi sudah menjadi hal inikan pula  Pak Usu harus bertanggung jawab memastikan yg semuanya berjalan seperti yg telah Pak Usu rancangkan. Memang bukan mudah untuk menjadi seorang pemandu pelancung berbagai kerenah dan situasi yg tidak dijankakan perlu dihadapi.

Seperti yg telah kita semua janjikan, semua kecuali famili Cik Majid sampai tepat pada waktunya. Suasana menjadi sedikit panik apabila tinggal beberapa ketika feri sudah hendak mula berlayar famili Cik Majid masih berada di dalam perjalanan. Mujur terdapat jadual feri yg lain, oleh itu kami terpaksa meninggalkan famili Cik Majid agar aturcars kami tidak terganggu,

Perjalanan feri ke Batam mengambil masa kira2 satu jam, setelah melalui pemeriksaan kastam, kami disambut oleh kenalan teman kerja Pak Usu. Stelah saling menukar salam, kami pun bertolak ke tempat makan utk bersarapan. Harga makanan utk sarapan kami agak memadai. Kami telah mencuba berbagai jenis makanan tempatan seperti Kupat Tahu, Soto Bandung dll. Setelah itu kami berpatah balik ke Batam Centre utk menjemput famili Cik Majid. Ternyata bas yg disediakan agak kecil, mujur dikalangan kami masih ada anak2 yg berbadan kecil lain kali kami perlukan bas yg lebih besar.

Mula2 kami telah ke kedai kek lapis. Di tingkat bawah ialah tempat pembuatan dan membakar kek lapis sementara di bahagian atas, ada disediakan ruang untk merasa beraneka jenis kek lapis. Pak usu memenemani Nyai di bawah sahaja. Pak usu dan Nyai telah memesan 2 jenis kek lapis. Ketika membuat pesanan Pak Usu dapat tahu yang kek hanya akan dihantar ke bas kami sebelum kami hendak berangkat pulang.

Dari kedai kek, kami langsung ke DC Mall. Kami diberi tahu yg harga pakaian di sini dalam jangkauan dan tidak terlalu mahal. Di DC Maill, pak Usu membeli 3 pasang baju batik yg akan Pak Usu Pak Usu pakai di Hari Raya Nanti. Memandangkan ini kali pertama dan bimbang kami akan kesuntukan masa, Pak Usu telah peruntukkan hanya 45 minit utk beli belah di DC Mall.

Dari DC Mall, kami ke Nagoya Hill di mana terletaknya salah satu Hypermat Matahari di Batam. Di sini Pak Usu telah peruntukan satu setengah jam utk berbelanja dan masa rihat utk mengerjakan solat. Dari Nagoya Hill, perangcangan awal ialah utk makan tengahhari Nasi Padang di mana2 tempat makan yg makanannya enak dan tidak terlalu mahal. Walaupun Pak Usu sudah membuat peruntukkan awal utk kos makan tengah hari, agak shock jugak apabila melihat jum;ah harga makan yg telah kami konsumsi. Kalau di Singapura, Pak Usu akan pandang sebelah mata aje bila lihat bill yg sebegitu apatah lagi utk makan 28 orang, tetapi ini di Indonesia.

Mungkin standard of leaving di Batam serupa dengan Singapura, atau kita semue betul2 lapar, atau kita sudah kena main atau suatu kesilapan yg dapat dipelajari dari sini. Setelah Pak Usu amati bilnya, Pak Usu dapati rata2 harga makananya agak memadai sedolar lebih utk sepinggan lauk. Yang tinggi ialah nasi putih yg berharga $1.25 sepinggan. You all cuba jawab berapa potong ayam yg telah kita konsumsi? Teka dengan tepat dan ada hadiah yg menanti.

Yang jelas kita semua tidak paham cara mereka dan tidak secara langsung mereka telah ambil kesempatan dari situasi tersebut. Sepatutnya, kita harus memesan bilangan makanan yg hendak dimakan dan mengira setiap portion dan jangan biarkan mereka mengantar selagi selagaan makanan yg ada. Sebagai pelancung kita sentiasa tertakluk pada masa dan tidak ada masa atau kesempatan utk keep track apa yg telah dihantar dan apa yg telah dimakan. Dah tahu, lain kali moga2 tidak terulang. Tahukah yg sambal chili hijau pun dichaj? Kalau tahu pesan yg secukupya aje. Di Singapura, free flow and foc.

Dari Nagoya Hill, hujan sudah mula turun dan kami langsung ke pasar buah2an dan barangan kering. Pasar buahnya tidak mengecewakan, naik syiok kaum ibu berbelanja buah jeruk, markisa, mangga dsbg. Mungkin hujung mingging dan kedai2 banyak dah tutup, hanya terdapat satu kedai sahaja yg menjual keropok/kerepek. Lama juga kami di sini test dan try berbagai jenis kekacang yg jarang2 terdapat di Singapura seperti gajus bersalut tepung berempah, gajus berbijan dan sebagainya. Jelas terbayang kegembiraan pada wajah pekedai, kerana banyak yg kami borong.

Dari pasar, kami langusng ke Mega Mall yg terletak bersebelahan Batam Centre. Di Mall ni terdapat juga Hypermart Matahari, kerana sudah agak penat kami hanya bersemang-santai sambil menikmati donut JCO. Kami tidak ketinggalan membeli beberapa dozan donut utk dibawa pulang ke Singapura keraana tidak sah bagi kebanyakan rakyat Singapura kalau ke Batam tidak membeli pulang donut dari JCO.

Kami tidak sangka yg kami telah membeli banyak barang, setelah dipunngah dari bas, barangan yg dibeli mengisi sarat penuh sebuah trolley beli belah. Kami harus bergegas utk menaiki feri 6.30 ptg WIB.

Ok, kepada senua ahli KHA, Pak Usu harap kalian semua rasa puas dengan aturcara yg telah Pak Usu siapkan, yang mana terkurang Pak Usu minat di maafkan dan yg terlebih minta dihalalkan .. eheh macam raya gitu .. okiler .. kalo semua setuju Insya Allah kalau ada connection Pak Usu akan usakan wisata ke Tanjung Pinang yg penuh dengan sejarahnya.

Sekian Wassalam.
Komen
Carian
yati  - lokasi kedai kek lapis di tanjung pinang   |220.255.7.xxx |21-04-2009 15:48:44
Assalamualaikum Pakusu,

Saya mahu berangkat ke Tanjung Pinang tidak lama
lagi. Boleh Pakusu beritahu saya dimana lokasi kedai membuat & menjual kek lapis
itu? Kepingin mahu makan kek lapis Tanjung Pinang.
Terima Kasih.

Wassalam.
pakusu   |02-06-2009 20:28:01
Aisey maaf tak perasan ader org tinggal pesan. Kek Lapis ni bukat kat tg pinang
tapi kat Batam
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
Banner
Copyright © 2010 Portal KHA @ mykeluarga.com. Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.
 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup